Assalamualaikum,

Pada masa saya menulis (Januari 2015) ini harga minyak dunia adalah sekitar 40-50 dollar setong berbanding pada bulan Jun lepas 110 dollar. Kejatuhan 50% ini adalah amat mendadak.

Kalau dulu kita risau kalau harga minyak dunia makin mahal. Kini kita lagi risau kalau harga minyak pula turun. Mengambil kira kebergantungan Negara kepada Petronas dalam mengimbangi budget tahunan, maka dengan kejatuhan harga minyak bukan sahaja menjadi masalah Petronas bahkan juga masalah negara.

Walaubagaimanapun di peringkat pimpinan negara, adakah kesungguhan  untuk menerangkan isu ini kepada rakyat jelata? Kalau lah kehilangan MH370 dan tertembaknya MH17 begitu serius sidang akhbarnya maka isu ini tidak kurang seriusnya.

Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan
Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan

Manakan tidak, sebahagian besar sumber kerajaan adalah daripada Petronas. Untuk tahun budget 2015 pula, unjuran yang digunakan adalah berdasarkan harga minyak 100 dollar setong.

Menurut CEO Petronas pula, setiap satu dollar turun harga minyak dunia keuntungan Petronas akan terhakis RM satu billion. Pada hemat saya beliau merujuk kepada harga purata setahun.

Budget Petronas
Budget Petronas

Katakanlah Budget 2015 Petronas untuk projek baru ialah RM60 Billion dan juga Petronas memotong 20% daripadanya, maka sebanyak RM 12 Billion nilaian projek yang terpaksa ditunda kalau tak pun dibatalkan.

Saya kira 12 billion adalah angka yang besar dan juga melibatkan ramai pekerja. Kini sudah terdengar berita mengenai VSS pula, round one.

Jika harga minyak kekal lama di paras sekarang, tiada lagi pelabur yang berminat maka harga saham berkaitan minyak dan gas akan menjunam. Bank tidak lagi memberi pinjaman untuk industri minyak dan gas. Manakala kajian mengenai biodiesel akan kekal di dalam makmal.

Harga Minyak dan GDP
Harga Minyak dan GDP

Daripada graf di atas, kita boleh buat satu garisan best fit line untuk harga minyak. Maka harga purata minyak adalah dalam linkungan 60-80 dollar setong. Pasaran akan mencari keseimbangannya sendiri dan akan cuba untuk merapatkan dengan harga purata.

Maknanya jika harga 100 dollar maka pasaran akan cuba menjolok turun harga kepada 80 dollar. Jika harga rendah 50 dollar maka pasaran akan cuba menarik naik ke atas.

Kos pengeluara minyak berbeza-beza
Kos pengeluaran minyak

Sheikh Vs Shale

Jumlah pengeluaran minyak dunia adalah sebanyak hampir 90 juta tong sehari. 10 juta tong hanya daripada Arab Saudi sahaja. Di tempat kedua kini adalah US dengan pengeluaran mencecah 9 juta tong sehari.

Sebelum ini US hanya menguluarkan lebih kurang 5 juta tong sehari sahaja. Penambahan 4 juta tong sehari adalah daripada minyak shale. Dengan kadar pengerudian sekarang dijangkakan US akan mengambil kembali tahta no 1 sebagai pengeluar terbesar dunia

Malaysia pula kadar pengeluaran hanyalah sekitar 600-700 ribu tong sehari.

Perbezaan utama US dan Arab Saudi adalah pada kos pengeluaran minyak. Kos pengeluaran minyak di Arab Saudi hanyalah sekitar 5 dollar satu tong. Manakala kos  pengeluaran minyak shale di US adalah sekitar 50-100 dollar setong.

Ini bermakna, dengan harga minyak sekarang, US oil shale tidak menguntungkan. Inilah matlamat Sheikh Arab dengan mengekalkan kadar pengeluaran walau harga makin turun.

Sheikh mahukan market share yang lebih tinggi supaya ada muscle untuk mengawal harga minyak. Pada masa sekarang gabungan negara2 OPEC hanya menguasai 40% penguluaran minyak dunia berbanding lebih 50% sebelumnya.

Perang antara Sheikh dan Shale, tiada siapa yang tahu siapa akan menang. Tetapi perang antara Sheikh dan Shale menyebabkan ketidaktetuan dalam pelaburan oil & gas. Ketidaktentuan ini memberi persepsi risiko dalam bidang ini. Maka pelaburan dalam pengeluaran minyak akan datang akan berkurang.

Jika pelaburan kurang maka pengeluaran akan datang akan terjejas kerana telaga minyak yang sedia ada akan kekeringan. Dan kita akan mengalami kejutan harga minyak seperti tahun 2008.

Wassalam

Harga Minyak: Gajah Bergaduh Si Kancil Yang Tersepit
Tagged on:     

2 thoughts on “Harga Minyak: Gajah Bergaduh Si Kancil Yang Tersepit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *