Pasti semua ingat akan kisah bagaimana Ketua Penyamun mengarahkan orang paling kanannya, Sarjan Pendek untuk menanda tanda pangkah rumah si Kasim Baba, orang kaya tersohor Kota Baghdad. Misinya ialah untuk merompak di malam hari.

Dengan sedikit risikan, Sarjan Pendek menyelesaikan tugasnya dengan menanda tepat rumah Kasim Baba.

Namun pembantu rumah Kasim Baba, Marjina dengan bijaknya memadamkan tanda pangkah yang dibuat oleh Sarjan Pendek di rumah Kasim Baba. Kemudiannya menanda pula ‘rumah kecil’ milik si Apek tukang kasut.

Bila tiba waktu malam maka Ketua Penyamun mengarahkan pengikutnya menjalankan misi seperti yang dirancang. Semuanya ikut kecuali Sarjan Pendek. Kekuatan anggota sebanyak 40 orang penyamun tanpa baju tetapi bertarbus.

Sesampainya di lokasi, rumah bertanda pangkah telah dikenalpasti. 40 penyamun dengan arahan Ketua Penyamun tanpa buang masa terus menyerbu rumah kecil usang. Seorang penyamun daripada Jepun agak sangsi, namun seorang penyamun yang agak obese berkata ” pedulikan lah, kita kasik pecahlah, peecahh…” hahaha

leadership lesson

Pengajaran

Pertama, hatta dalam hal merompak pun memerlukan kepatuhan kepada arahan dan integriti. Integriti bermaksud kebolehpercayaan. Bayangkan Italian Job atau Ocean Eleven tanpa integriti. Nak merompak pun kena ada integriti dan taat kepada ketua, apatah lagi kerja buat yang baik.

Kedua, kita kena selalu bertanya, adakah kita tahu apa yang kita tidak tahu. Jika tidak, kita meletakkan diri dalam bahaya dengan ‘confident’ nya.Dalam hal 40 penyamun dan pemimpinnya, tiada siapa pun yang bersalah termasuklah Sarjan Pendek. Tetapi ‘outcome’ atau hasilnya ternyata gagal. Walau tiada yang bersalah, tetapi pemimpinlah yang harus dipertanggungjawabkan akan kebijaksanaan dalam merancang strategi.

Ketiga, kalau plan adalah suatu perkara, perlaksanaan adalah suatu perkara yang lain. Kita kan banyak plan. Malaysia Plan pun sudah sekian kalinya. Dalam perlaksanaan, benda boleh berubah. Tiada yang kekal sama kecuali perubahan. Jika maklumat sudah tidak sama maka tindakan juga akan salah.

Apa pula pandangan tuan dan puan?

Merompak dengan Integrity

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *