Unit Trust Consultant menjana pendapatan daripada perkhidmatan kewangan peribadi dengan mengutamakan keuntungan jangka panjang kepada pelabur. Kerjaya ini adalah nadi kepada pemasaran skim pelaburan unit trust di Malaysia.

Terdapat 8 jenis pendapatan yang ditawarkan kepada anda sebagai Unit Trust Consultant. Menariknya, pendapatan ini boleh diwariskan kepada generasi kita yang seterusnya.

  1. Direct Commission
  2. Carrier Benefit
  3. Overriding
  4. Year End Bonus
  5. Breakaway Bonus
  6. Appreciation Bonus
  7. Equalization Bonus
  8. Annual Performance Bonus

sertai-kami-di-public-mutual-menjadi-bos-sendiri

Daripada 61,198 (as of July 2016) Unit Trust Consultant di seluruh Malaysia, kurang 5% yang menjana pendapatan lebih 5 angka dan kurang 0.1% yang membuat lebih 6 angka sebulan (pemerhatian ringkas saya).

Ini menunjukkan, menjadi Unit Trust Consultant tidaklah menjanjikan pendapatan yang lumayan jika tidak disusuli dengan kerja keras dan perkhidmatan yang cemerlang. Dalam masa yang sama, anda tidak akan rugi dan jauh sekali jatuh bankrap dengan menjadi Unit Trust Consultant.

Super star Unit Trust Consultant menjana pendapatan 6 angka sebulan. Mereka adalah spesis yang jarang ditemui dan mereka amat bernilai. Mereka membina pengaruh dengan kualiti perkhidmatan dan disiplin kerja yang tinggi.

Mereka umpama money magnet dan orang ramai juga tertarik untuk melabur dengan mereka.

Bagaimana mereka menjana pendapatan lumayan dengan menjual unit trust?

#1 Direct Commission

Pendapatan pertama Unit Trust Consultant ialah komisen langsung daripada jumlah pelaburan (personal sale) yang di bawa masuk. Unit Trust Consultant akan menerima sebanyak 2.75% daripada jumlah pelaburan tunai

Contoh Direct Commission; 

Bulan 1 – jual RM 100,000 dapat RM2,750
Bulan 2 – jual RM 150,000 dapat RM4,125
Bulan 3 – jual RM 200,000 dapat RM5,500
Bulan 4 – jual RM 200,000 dapat RM5,500

Yang menariknya, pelanggan akan terus melabur untuk 10 hingga 25 tahun dengan anda. Memang best kalau ada repeat sale macam ni.

Jumlah peratusan yang diterima tidaklah setinggi ejen MLM atau Takaful. Contohnya takaful boleh dapat setinggi 35% komisen daripada jumlah caruman bulanan tahun pertama.

Mari kita kira berapa yang diterima oleh Unit Trust Consultant dalam bentuk direct commission berbanding keuntungan yang dibuat oleh pelabur.

Contohnya, daripada RM100,000 modal pelaburan, setelah ditolak caj jualan 5.5% hanya RM94,786.73 yang akan dilaburkan.

Berapakah jumlah keuntungan pelabur selepas 20 tahun dan pulangan 10% setahun?

Jawapan;

FV = PV × (1+i)

FV = RM94,786.73 × (1+0.1)20

FV = RM637,677.72

Untung = RM637,677.72 – RM100,000

RM 537,677.72!

Pelabur mendapat lebih nilai berbanding dengan direct commission RM 2700 yang diterima oleh Unit Trust Consultant 20 tahun dahulu.

Pelaburan unit trust bersifat jangka panjang untuk memaksimakan keuntungan. Oleh itu amat penting untuk Unit Trust Consultant memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada pelabur walaupun direct commission ini hanyalah untuk sekali transaction sahaja.

Direct Commission bersifat transactional dan once off. Pendapatan yang lebih baik ialah yang bersifat relationship dan berterusan. Ini boleh didapati dalam jenis-jenis pendapatan yang seterusnya

#2 Carrier Benefit

Carrier benefit ialah komisen yang dikira daripada saiz aset pelaburan yang kita uruskan. Over the years dalam kerjaya unit trust, saya mengumpulkan sejumlah aset pelaburan clients saya.

Katakan ada 10 orang Tan Sri melabur RM 1 juta dengan saya, maka jumlah aset yang saya uruskan ialah RM 10 juta. Daripada RM 10 juta ini, saya akan mendapat 0.24% komisen, iaitu RM 24000 setahun atau RM 2000 sebulan.

Pendapatan ini akan meningkat dengan meningkatnya nilai aset pelaburan yang saya uruskan. Andainya semua Tan Sri ini terus melabur untuk sepuluh tahun, pada kadar 10% setahun, nilai aset yang saya uruskan akan meningkat kepada RM 24 juta.

Dengan aset pengurusan RM 24 juta, saya akan menerima 0.26% komisen, iaitu RM 62400 setahun atau RM 5200 sebulan.

Ini bermakna pendapatan pasif saya akan meningkat dengan meningkatnya nilai pelaburan client saya. Dan juga sebaliknya jika nilai pelaburan menurun.

Untuk meningkatkan nilai pelaburan client, saya mesti melakukan 3 perkara berikut

  1. Mengawasi prestasi pelaburan
  2. Mengimbangi portfolio pelaburan
  3. Mengenal pasti peluang menambah keuntungan pelabur

Gagal dalam memberikan khidmat nasihat yang baik atau simply lari daripada pelabur akan menyebabkan pelabur akan menarik keluar pelaburan mereka lantas mengecutkan saiz aset pelaburan yang saya uruskan.

Contohnya, jika semua Tan Sri di atas buat keputusan untuk mengeluarkan semua pelaburan pada tahun kedua, maka tiada lagi pendapatan pasif saya.

Carrier Benefit bersifat long term relationship. Setiap Unit Trust Consultant harus menetapkan matlamat berapakah saiz pelaburan yang akan diuruskan 5 tahun dan 10 tahun akan datang.

#3 Overriding

Kenaikan pangkat dalam kerjaya Unit Trust Consultant bergantung kepada anda sendiri. Anda yang tentukan bila dan pangkat apa yang anda inginkan. Kriteria kenaikan pangkat adalah jumlah pelaburan yang dibawa masuk oleh anda sendiri atau downline anda.

Pangkat tertinggi dalam kerjaya ini ialah Group Agency Manager (GAM). Komisen GAM untuk personal sale ialah 2.6% untuk skim KWSP dan 3.95% untuk pelaburan tunai. Jika downline GAM membuat jualan skim KWSP contohnya, overidding komisen ialah sebanyak 0.6%.

Karier agent unit trust

Menariknya lagi sebagai pemimpin, overidding bukan hanya pada direct commission, bahkan juga dijana daripada jumlah nilai aset pelaburan terkumpul kumpulan anda. Bermakna Carrier Benefit daripada nilai pelaburan kumpulan juga dapat.

Membina rangkaian Unit Trust Consultant akan mengambil masa berbanding dengan membuat jualan persendirian. Ia memerlukan kualiti kepimpinan yang tinggi dan pelaburan di dalam sumber manusia.

Namum, pulangan dan laba daripada rangkaian akan lebih stabil dan akan berkembang dengan sendirinya apabila strukturnya cukup kuat.

Umpama pokok durian yang perlu dijaga rapi ketika masih rendah. Sekali akarnya telah dipasak kukuh dalam tanah, pucuknya sedia mencakar langit. Pokok akan terus membesar tanpa perlu dijaga rapi. Membuahkan hasil tahun demi tahun.

Inilah kuasa gandaan dan duplikasi. Untuk tujuan memahami kuasa gandaan, kita melihat kepada struktur di bawah.

menjana-pendapatan-dengan-jual-unit-trust

Pada tingkat satu, anda hanya ada 5 hulubalang. A,B, C, D dan E. Mereka ini orang kanan anda. Setiap mereka kemudiannya membuat duplikasi dengan melatih 5 lagi hulubalang mereka sendiri. Mereka tiru anda.

Ini akan menjadikan struktur agensi anda terdiri daripada 155 manpower atau womenpower. Jika setiap mereka bekerja 8 jam sehari, maka anda menjana 1240 jam manhour sehari! Berbanding jika anda berkerja berseorangan, maksimum hanyalah 24 manhour.

Ini baru 5 hulubalang untuk permulaan. Apa kata kalau anda melahirkan 20 atau 40 hulubalang. Ehmm… tak terbilang manhournya.

#4 Year End Bonus

Bonus akhir tahun di bayar sekiranya personal sale melebihi RM 400,000 setahun pada kadar 0.15%. Lebih tinggi personal sale, lebih tinggi kadarnya. Kadar maksimun ialah 0.3 % jika personal sale melebihi RM 1.5 juta.

#5 Breakaway Bonus

Bonus ini dibayar jika downline anda naik pangkat ke Group Agency Manager. Ini sebagai tanda penghargaan atas usaha anda melatih dan coaching sehingga mereka berjaya sampai ke tahap ini.

Jumlah bonus yang di bayar ialah RM 20,000.

Jika downline anda lebih awal menjadi Group Agency Manager, RM 10,000 akan dibayar apabila anda akhirnya menjadi Group Agency Manager nanti.

#6 Appreciation Bonus

Bonus ini dibayar kepada GAM di mana indirect downline naik pangkat GAM lebih awal daripada orang yang merekrutnya. Jumlah bonus ialah RM 10,000.

#7 Equalization Bonus

Bonus ini dibayar jika ada downline anda yang sama pangkat dengan anda. Contohnya pada pangkat Agency Manager, 0.1% akan dibayar kepada upline (recruiter) untuk tempoh 2 tahun.

Manakala pada pangkat Group Agency Manager, 0.06% akan dibayar sehingga bila-bila. Yes, perpetual bonus!

Berbaloi usaha anda melatih dan membimbing downline anda sehingga berjaya.

#8 Annual Performance Bonus

Bonus ini dibayar kepada Top 25% Group Agency Manager atau mencapai sasaran jualan kumpulan sebanyak RM 60 juta setahun.

Itulah 8 jenis pendapatan yang ada untuk anda sebagai Unit Trust Consultant. Ini semua bermula dengan jualan pertama anda daripada client pertama. Dan kemudiannya diulang-ulang lagi daripada seorang ke seorang. Kemudiannya ditiru proses ini oleh downline anda pula.

9 Manfaat Tambahan

Selain pendapatan tunai di atas ada 9 jenis lagi manfaat tambahan. Ya, ada 9 lagi menjadikannya 8+9!

  1. Free Incentive Oversea Trip
  2. Group Agency Manager Oversea Retreat
  3. Housing Loan Subsidy Scheme 
  4. Car Loan Subsidy Scheme 
  5. Computer Loan Interest Subsidy 
  6. UTC’s Personal Plan 
  7. Benefits for Deceased UTC’s Beneficiary
  8. Benefits for Deceased PRC’s Beneficiary
  9. Free Term Life and Personal Accident Coverage

Nota

Bagaimana Untuk Menjadi Agen Public Mutual?

sertai-kami-di-public-mutual

Jika anda 21 tahun dan ke atas, tidak sabar-sabar meraih 8 jenis pendapatan dan merebut semua benefit yang tersedia, dan sudah tentu mempunyai keinginan membara untuk keluar dari “makan gaji” sindrom, anda boleh mulakan secara part time dahulu.

Apa yang perlu anda lakukan:

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan IC
  • Gambar Passport – 4 keping
  • Sijil SPM atau Diploma atau Degree
  • Salinan Buku Akaun Public Bank

Anda perlu ada akaun dengan Public Bank. Buka akaun pertama kali perlu RM250. ATM card akan diberikan on the spot.

Anda boleh keluarkan semula RM 240 sejurus akaun telah aktif. Boleh guna untuk daftar exam pula. Tambah sedikit untuk yuran exam RM265.

Saya seterusnya akan membantu anda untuk mendapatkan tarikh peperiksaan. Tutorial akan diberikan berdasarkan soalan tahun-tahun yang lalu.

Anda juga dikehendaki menjalani dua kursus. Setiap kursus mengambil masa selama 8 jam.

Kemudian anda akan masuk peperiksaan selama dua jam. Apabila anda telah lulus peperiksaan, anda akan secara rasmi menjadi Unit Trust Consultant berlesen, di bawah FIMM dan Public Mutual. Lesen besar untuk mempromosikan unit trust Public Mutual.

Elias Abllah, Personal Finance

0127176903

Register!

Cara Jadi Agen Unit Trust

Menjana 8 Jenis Pendapatan Dengan Menjual Unit Trust
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *