Salah seorang unit trust agent kami baharu sahaja mengambil alih pengurusan pelaburan seorang pelabur unit trust.

Pelabur beliau agak kurang puas hati dengan pulangan pelaburan unit trust di bawah pengurusan agent lama. Pelabur telah melabur dalam unit trust sejak tahun 2011

Kajian Kes

Jumlah pengeluaran pelaburan sebanyak RM 27,000 dan nilai terkini hanya RM 31,120.63. Tentunya pulangan pelaburannya terlalu rendah.

Setelah urusan ambil alih selesai (tanpa kos dan komisen), maka kami sama-sama buat sedikit kajian kes, kenapa hal ini terjadi.

Berikut ialah kronologi pelaburan

Tarikh                     Fund                       Jumlah

04/01/2011           XXXXX              RM 10,000

29/07/2011           YYYYY               RM 7,000

22/03/2012           ZZZZZ                RM 10,000

Kemudian pada 23/01/2013, agent beliau memberi nasihat untuk switch semua pelaburan di atas ke ABC FUND berjumlah RM 28,580.94. Pelaburan beliau dalam ABC FUND kekal sehingga 6/05/2014 sebelum di switch ke PIXX FUND  dengan jumlah RM 29,656.79 pada tarikh tersebut.

Ini ringkasan jenis fund yang dilabur

Equity—>Money Market–>Equity

Disinilah puncanya kenapa pelaburan beliau underperform. Ini kerana ABC FUND ialah money market fund yang hanya beri pulangan sebanyak 3.76% (pulangan = RM 29,656.79 -28,580.94) sepanjang tempoh pelaburan tersebut. Tidak jelas apa sebab sebenar pelabur menerima nasihat untuk switching ini.

Jika saya agent beliau pada masa itu, saya akan minta switch ke PIXX FUND, di mana dalam tempoh yang sama PIXX FUND mencatat pertumbuhan sebanyak 16.49%, di samping FREE Term Life Takaful.

Dan jika pelaburan itu dikekalkan dalam PIXX FUND hingga kini (20/2/2017), pelaburan beliau akan bertumbuh 24.36%. atau RM 35,543.26 berbanding hanya RM 31,120.63 kini.

Back Testing S.A Agency Model Portfolio

Kemudiannya, saya ambil kesempatan untuk back testing salah satu model portfolio yang kami cadangkan kepada pelabur-pelabur kami. Kombinasi antara pelaburan local dan international fund.

Hasil daripada backtesting ini, pulangan pelaburan dioptimumkan lagi dengan pulangan 30.21 % berbanding 24.36% dengan PIXX FUND sahaja. Bermakna instead of RM 35,543.26 , pelabur tadi boleh dapat RM 37,215.24.

Kesimpulan

Pelaburan unit trust bersifat jangka masa panjang dan switching haruslah berdasarkan ‘sound portfolio strategy’. Bukannya bersifat speculative atau cuba outsmart the market. Yang penting cari agent yang smart juga.

InsyaAllah

Elias Abllah, Personal Finance

0127176903

Mengapa Pelaburan Unit Trust Saya Tak Perform?
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *