Alhamdulillah di hujung minggu saya bersama Ahmad Azlin dan Afiq dapat belajar ilmu baru daripada Sifoo FunnelEvo Tuan Fahdi Ghazali.

Sedikit catatan untuk perkongsian bersama.

Teknik funnel atau corong bermaksud bagaimana kita mengumpul sebanyak mana database pelanggan dengan memberi nilai terlebih dahulu kepada pelanggan sebelum kita boleh menjual.

Teknik ini diguna pakai oleh Dr Azizan. Beliau memberi seminar percuma 3 jam. Sebagai balasan peserta-peserta seminar ini akan diajak untuk mengikuti seminar 4 hari dengan bayaran yang rendah. Kemudiannya sebahagian peserta akan menyertai program-program yang lebih hebat lagi.

Peringkat demi peringkat ini dinamakan VALUE LADDER.

Kita ingin membina kepercayaan pelanggan dahulu. Bagaimana mungkin orang membeli jika tiada kepercayaan atau trust kepada kita. Kepercayaan ini diperkukuh peringkat demi peringkat.

Untuk langkah praktikal, kita boleh mulakan dengan memberi

  1. Ebook
  2. Video tutorial
  3. Kupon diskaun
  4. Barang fizikal
  5. Satu tips rahsia
  6. Webinar
  7. Sharing di blog

Ini semua diberi percuma. Sebagai pertukaran, kita minta email dan nama untuk kita simpan dalam database.

sumber : amyljorgensen.com
sumber : amyljorgensen.com

Facebook Page + Google

Cara buat marketing sudah tidak sama dengan dua tahun lepas. Pelanggan sudah dapat bezakan yang mana iklan dan yang mana content yang memberi nilai di Facebook.

Kita juga wajib memastikan perniagaan kita dijumpai dialam maya apabila pelanggan mencari kita di Google.

e-mail Marketing

Kenapa email marketing?

  1. Boleh diukur pretasi
  2. Mudah
  3. Kos yang rendah
  4. Berulangkali
  5. Tapis mereka yang layak sahaja

Selain di atas ada lagi yang saya catatkan, terutamanya teknik-teknik yang digunakan untuk email marketing dan automation.

Kalau nak tahu, click link dibawah untuk subscribe dan saya akan email e-book dengan PERCUMA

SUBSCRIBE

Sekian, semoga bermanfaat

Elias Abllah

Membina Perniagaan Online Jangka Panjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *