Kejatuhan harga saham bermula di US pada Jumaat lepas  2 Februari 2018, yang kemudiannya berjangkit hampir ke semua pasaran dunia termasuk Malaysia.

Saya ambil masa untuk memahami apa puncanya dan apa pula akan jadi selepas ini. Adakah ini tanda awal kemelesetan ekonomi ataupun hanya sekadar rencah turun naik pasaran saham?

Asas ekonomi US masih kukuh dengan peningkatan jumlah ambilan pekerja dan dengan pertumbuhan ekonomi yang sewajarnya.

Begitu juga di Malaysia dengan peningkatan nilai eksport ekonomi dan pengukuhan kedudukan fiskal negara. Malah Bank Negara menaikkan OPR sebagai mengesahkan kedudukan ekonomi yang semakin baik.

Pencarian Nilai Sebenar

Pada pendapat saya, pasaran saham sudah mula untuk membiasakan diri dengan norma peningkatan interest rate dan inflasi.

Dalam menentukan nilai sesuatu aset, parameter yang penting ialah hurdle rate. Hurdle rate ini umpama passing mark untuk sesuatu pelaburan. Lagi tinggi hurdle rate, lagi rendah perceived value pelaburan.

Hurdle rate pula ditentukan oleh weighted average of cost of capital. Cost of capital pula ditentukan oleh cost of debt dan cost of equity.

Apa yang berubah dengan kenaikan interest rate ialah cost of debt. Kenaikan interest rate menyebabkan bayaran interest oleh sesebuah syarikat akan meningkat. Ini akan memberi kesan kepada cash flow syarikat.

Bukan itu sahaja, hurdle rate juga akan naik. Kenaikan hurdle rate menyebabkan penilaian cash flow akan lebih rendah.

Itu kesan kenaikan interest. Bagaimana dengan kesan inflasi?

Kos perniagaan akan lebih tinggi dengan inflasi. Oleh itu perbelanjaan di masa hadapan hendaklah dinaikkan mengikut kadar inflasi.

Harapnya anda boleh faham apa yang saya coretkan ini. Ini lebih kurang apa yang saya ajar dalam kelas Petroleum Economics. Bila saya ajar pasal hurdle rate, saya cenderung hilang dalam dunia saya, sehingga pelajar terlopong di dalam kelas.

Ringkasnya, kenaikan interest dan inflasi menyebabkan, pasaran mencari harga yang sesuai untuk selari dengan perubahan nilai.

Dalam proses ini, maka pasaran cuba turun dan naik. Kali ini, pasaran cuba harga bawah dulu. Lihat berapa rendah boleh pergi.

Lepas jatuh, umpama shock absorber kereta, pasaran akan melantun naik kembali. Ini akan berulang-ulang hingga pasaran ‘discover’ nilai yang sepatutnya.

Ini cara bagaimana pasaran bekerja.

Perlukah Anda Bimbang?

Jika anda melabur dalam pasaran saham bulan lepas dengan harapan untuk mendapat keuntungan bulan ini, dengan menggunakan modal buat kenduri kahwin pada cuti tahun baru cina, maka tarikh kahwin itu terpaksalah diubah.

Tetapi jika anda melabur untuk persaraan 10 atau 20 tahun lagi, maka kejatuhan harga saham merupakan peluang untuk mengumpul harta-harta yang ditinggalkan oleh pelabur jangka pendek.

Sementara itu, bekerjalah dengan jujur dan biarkan pasaran buat kerja dia. Selebihnya berserah pada Allah yang maha mengetahui.

Sekian wassalam.

Elias Abllah, Personal Finance

Memahami Kejatuhan Saham Februari 2018
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *