Artikel ini membawa perbandingan antara Korea Selatan dan Malaysia. Saya tertanya-tanya apakah kurangnya Malaysia untuk berjaya seperti Korea? Padahal sebelum 1985 pendapatan Rakyat Malaysia lebih tinggi daripada Korea.

Malaysia dipintas Korea Selatan sejak tahun 1985. Taiwan pula memintas kita lebih awal pada tahun 1975 (sumber: IMF,The Leap of the Tiger: How Malaysia Can Escape the Middle-Income Trap)

Kini kita jauh ketinggalan.

Malaysia Vs koreaPemindahan Teknologi

Sebelum tahun 1985 Malaysia bergantung kepada hasil export komoditi. Berikutan kejatuhan harga komoditi dunia bermula pada tahun 1985, Malaysia ditranformasi kepada negara perindustrian.

Pada masa itu negara bergantung kepada pelaburan luar dan pemindahan teknologi. Technology Transfer melalui Dasar Pandang ke Timur diharapkan menjadi alat untuk membawa Malaysia ke status negara maju.

Namun, kajian menunjukkan syarikat multinational tidak berminat memindahkan teknologi mereka ke negara lain.

Nyata sekali pemindahan teknologi tidak berlaku mengikut seperti yang kita rangcangkan.

Tidak seperti Malaysia, Korea dan Taiwan tidak bergantung kepada pemindahan teknologi. Mereka sendiri belajar dan mencipta teknologi mereka sendiri.

Hinggakan mereka menguasai teknologi LED/LCD screen yang mendahului teknologi Jepun.

Buat Teknologi Sendiri bukan Pindah Teknologi Orang

Korea menerima 50 patents pada tahun 1985 berbanding Malaysia kurang daripada 5 pada tahun yang sama

Pada tahun 2013, Malaysia hanya menerima 220 patents sedangkan SAMSUNG sahaja menerima 4652 patents!

Inilah jawapannya kenapa kita gagal selama 30 tahun untuk bangkit seperti Korea.

US patent

Kemakmuran Sama Rata

Untuk bergerak ke arah negara maju, tidak boleh ada sebahagian kaum atau negeri dipinggirkan. Pelaburan dan kemakmuran banyak di semai di bahagian pantai barat semenanjung Malaysia. Sementara di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak kurang mendapat perhatian pelabur.

Ini kerana infrastruktur seperti lebuh raya dan pelabuhan tidak dibangunkan potensi dengan sepenuhnya.

Bayangkan jika dibina pelabuhan di Kelantan atau Terengganu dengan jarak dengan China dan Jepun lebih dekat berbanding Pelabuhan Kelang mahupun Singapura, berapa banyak kilang akan bercambah di negeri-negeri pantai timur. Di tambah lagi dengan tenaga kerja muda sedia ada yang dahagakan pekerjaan dan mahu meningkatkan taraf hidup.

Resepi Negara Maju

Malaysia mempunyai resepi lengkap untuk maju seperti mana Korea, Taiwan atau Singapura. Malah, resepi kita lebih lengkap dengan sumber asli, tanah yang subur dan negara yang aman.

Kita mesti menggunakan kedudukan strategik perdagangan antara blok timur dan barat, seperti dulunya zaman kegemilangan Melaka.

Kita pernah ada peluang itu pada tahun 1980-an. Kini masih belum terlambat kalau kita ingin betulkan kembali. Bak kata pepatah orang Cina masa terbaik untuk tanam pokok ialah 20 tahun dahulu. Masa kedua terbaik ialah sekarang.

Elias Abllah, Personal Finance

Malaysia Perlukan Lonjakan Ekonomi Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *