Bayangkan anda memandu pulang dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit jika trafik biasa.

Malangnya, belum pun sampai separuh jarak perjalanan, sungguh tidak disangka, anda terperangkap dalam kesesakan hampir lapan KM disebabkan kemalangan antara lori dan van. Waze menunjukkan anda akan lewat 38 minit.

Untuk jarak lapan KM itu, berjalan kaki lebih laju daripada berkereta. Tetapi tiada siapa pun dengan minda yang waras akan parking kereta kat tepi dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan berjalan kaki.

Gila!

Tetapi itulah yang dibuat selalu oleh pelabur apabila menghadapi kerugian jangka pendek dalam pelaburan jangka panjang.

Contohnya, mereka memilih unit trust sebagai ‘kenderaan’ berbanding tabung haji untuk sampai kepada matlamat pelaburan jangka panjang.

Dengan nasihat yang betul daripada agent, mereka boleh sampai ke destinasi lebih cepat dengan menggunakan unit trust.

Namun dalam tahun-tahun tertentu, pulangan pelaburan unit trust bergerak amat perlahan.

Sebagaimana kemalangan jalan raya adalah faktor yang tidak boleh dikawal sepenuhnya, begitu juga kerugian sementara dalam unit trust.

Yang boleh dikawal ialah emosi kita, untuk sama ada kekal dalam kereta atau keluar berjalan kaki sahaja. Kalau dekat tidak mengapa lah, ini beratus kilometer. Bila nak sampai? Kalau selepas lapan KM, tentulah dengan berkereta akan memintas kembali yang berjalan kaki.

Kawal emosi, sama ada kekal dalam pelaburan unit trust atau keluar kepada pelaburan yang lebih perlahan. Mungkin kalau jangka masa 12 bulan, tabung haji boleh jadi pilihan yang lebih baik. Tapi kalau dah beratus-ratus bulan, unit trust lebih cepat sampai.

Satu lagi, jangan percaya ajakan kereta sebelah untuk join mereka pula, sebab mereka pun berada dalam lebuhraya yang sama. Lagipun, kereta anda sekarang ini adalah kereta No 1 di pasaran.

Stay invested and get the right advisor.

Wassalam.

Elias Abllah

Lebuhraya Sesak, Apa Pilihan Yang Ada?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *