Mulai sekarang ahli KWSP boleh melabur daripada akaun 1 melalui online dengan caj 0.5%. Ini satu langkah yang baik sebagai alternatif kepada ahli KWSP untuk melabur tanpa melalui agent.

Pun begitu ada aspek lain yang membuatkan agent masih releven. Dan tidak dinafikan ada agent yang tak releven walaupun sebelum alternatif ini ada.

Ada perkara yang boleh dibuat sendiri dan ada yang lebih baik minta yang arif dalam bidangnya buatkan. Asalnya nak jimat duit dan kononnya boleh buat duit pula dengan projek DIY, tetapi akhirnya masa dan tenaga dibazirkan begitu sahaja.

Lihat beberapa projek DIY yang gagal dengan kelakarnya.

Kononnya nak buat hiasan daripada kulit telur, yang terjadi macam telur dimakan biawak
Dah jadi macam ni memang tak update dalam IG dan FB lah
Janji dengan anak nak buat buai sendiri di rumah, tapi hmm…

Begitu juga dengan pelaburan peribadi. Alangkan yang profesional pun tidak lari daripada membuat keputusan pelaburan yang salah, inikan projek pelaburan DIY amateur.

Saya tidak pula kata semua orang tak perlu belajar ilmu pelaburan, malah saya rasa ilmu pelaburan peribadi harus di masukkan dalam silibus pelajaran di sekolah, seperti mana tulisan khat dan jawi.

Tetapi untuk sampai kepada tahap fasih dengan pelaburan, ianya memerlukan latihan khusus dan pengalaman yang orang awam tidak sanggup untuk melaluinya.

Unit Trust Agent dan Pelabur

Untuk melabur dalam unit trust, pelabur mempunyai pilihan untuk buat pelaburan secara online tanpa melalui agent atau seperti kebanyakan orang memerlukan khidmat agent.

Kelebihan pelaburan online buat sendiri (DIY) ialah caj jualan yang lebih rendah daripada caj jualan melalui agent. Ada penjimatan di situ.

Pun begitu, pelaburan secara online bagi saya sesuai dengan profesional dalam bidang kewangan atau kelayakan yang setandingnya. Ya lah kalau dia memang lagi hebat daripada agent, kenapa dia perlu bayar agent?

Untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang saya jumpa, mereka tidak mempunyai kemahiran untuk memilih dan membina portfolio pelaburan yang sesuai dengan diri sendiri.

Ini boleh menyebabkan pelabur rugi besar. Niat nak jimat caj jualan, tetapi rugi pula dalam pelaburan akibat pengetahuan pelaburan yang terhad.

Dalam online, pelabur akan dihadapkan dengan beratus-ratus dana. Prestasi yang lepas, ada yang untung 18% ada pula yang rugi 30%.

Nak pilih yang mana satu?

Di Singapura, sebelum pelabur dibenarkan melabur secara sendiri online, pelabur mesti lulus ujian pelaburan online barulah dibenarkan melabur sendiri.

Ia seolah-olah ujian memandu sebelum dapat lesen P. Pun begitu, lulus ujian memandu tidak menolak keberangkalian kemalangan jalan raya.

Apatah lagi kalau tidak ada lesen atau lesennya terbang.

Bagi agent pula, zaman hanya minta pelabur sign borang sahaja sudah outdated. Pelabur demand khidmat nasihat yang sewajarnya dengan caj jualan yang dikenakan.

Banyak latihan yang disediakan untuk meningkatkan pengetahuan dan skill agent, bukan skill menjual sahaja tetapi skill pelaburan yang mantap.

Jika tidak, pelabur akan lari half marathon dari anda.

Kesimpulan

Gambar ini saya jadikan sebagai kesimpulannya. Walaupun ada arahan step-by-step, tapi hasilnya amat mengharukan.

Nak buat lempeng teddy tapi yang jadi biskut hantu. Nak jimat caj jualan, tersalah pula pilih dana.

Wassalam,

Elias Abllah.

Labur Senidiri Tanpa Agent
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *