Minggu lepas matawang Turki Lira jatuh 8% setelah Trump tweet untuk gandakan tariff bagi keluli dan aluminium daripada Turki dengan tuntutan pembebasan paderi Andrew Brunson atas tuduhan terlibat dengan rampasan kuasa.

Kenaikan US interest rate menyebabkan pengaliran keluar pelaburan daripada negara-negara membangun seperti Turki, Malaysia dan Indonesia. Pengukuhan dollar bermakna negara-negara ini perlu pertimbangkan untuk menaikkan kadar interest rate masing-masing.

Erdogan berpandangan bahawa menaikkan interest rate akan menaikkan kadar inflasi, satu pandangan yang menyalahi mana-mana buku teks ekonomi asas.

Indonesia yang tentunya telah belajar daripada krisis ekonomi 1997-98 dengan pantas menaikkan kadar interestnya dalam mengekang jangkitan krisis matawang Lira. Begitu juga dengan Argentina.

Lira sebelum Trump menaikkan tariff, telah pun menyusut 38% berbanding dollar sejak awal tahun ini. Sememangnya Lira sudah pun lemah disebabkan oleh faktor dalaman sendiri. Budget deficit melebihi 5% KDNK dan current account deficit yang besar.

Tweet daripada Trump memberi peluang kepada Erdogan mengalihkan kelemahan pengurusan kewangan negara dengan menantunya sebagai menteri kewangan kepada Trump. Trump is the villain. Seperti mana Kim Jong-Un menjadikan Trump sebagai orang jahat kepada negaranya.

Erdogan membalas tweet daripada Trump dengan boikot barangan jenama US seperti i-phone, arak, kereta dan berharap rakyat Turki bersatu dibelakangnya.

Kita pun tahu krisis ekonomi boleh membawa pertukaran pemimpin. Lagi banyak ekonomi berubah lagi banyak perubahan kuasa berlaku. Erdogan boleh hilang kuasa.

Gesaan membantu Turki dengan membeli Lira tidak akan membantu memulihkan nilainya seperti mana Tabung Harapan tidak akan membantu mengurangkan hutang negara Malaysia.

Pilihan Untuk Dipertimbangkan

Pilihan yang ada bagi Erdogan ialah, pertama, terus pertahankan nilai Lira dengan menjual aset negara (boleh jadi dengan rizab emas atau aset bentuk lain) yang  tentunya ada hadnya. Kedua, menurunkan ego untuk  menaikkan interest rate.

Pilihan pertama akan menyebabkan Lira makin lemah dan boleh menjerumus Turki ke dalam gaung krisis ekonomi yang lebih dalam. Lagi dalam krisis ekonomi, lagi lama masa diambil untuk pulih dan biasanya lanskap politik juga akan banyak berubah. Akhirnya boleh hilang harta dan kuasa.

Pilihan kedua umpama pil yang pahit yang harus ditelan dan dipikul bersama oleh rakyat dan negara. Ia pilihan yang munasabah dalam kaca mata kewangan tetapi Erdogan akan hilang air mukanya.

Tentulah dia tak mahu kalah dengan Trump si rambut perang. Apatah lagi setelah mengistiharkan perang ekonomi dengan US. Pengistiharan perang ini kelihatan terburu-buru dan boleh menyebabkan Erdogan terperangkap antara egonya dan rakyatnya.

Pun begitu, Turki mempunyai kedudukan geopolitik yang tersendiri. Kedudukannya antara benua Asia dengan Eropah. Berada hampir dengan kancah peperangan di Syria. Turki juga penting dalam keseimbangan Asia Barat dan Israel.

Turki juga negara NATO yang juga menjadi sekutu US di Eropah. US tentunya berminat dengan gerak politik di Turki dan tidak mahu Russia mengambil kesempatan. Ringkasnya, Turki amat penting untuk tidak diambil kira.

Jika Kim Jong-Un yang mengancam US dengan nuklear boleh berunding dengan Trump akhirnya, mengapa tidak Trump dan Erdogan. Lagipun dalam rundingan, Kim kelihatan lebih bijak daripada Trump. Saya percaya Erdogan juga boleh buat lebih baik.

-Elias Abllah-

Krisis Matawang Turki
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *