Bradley Bateman dalam ucapannya di Wake Forest  University April 2012 menghuraikan krisis ekonomi hari ini mengikut pandangan Lord John Maynard Keynes. 

Apa yang saya tulis ini adalah ringkasan ucapan Bradley Bateman, Professor of Economics di Grinnell College, Iowa. Di akhir artikel saya tambah sedikit komentar saya pula.

Ekonomi US berkembang pesat hinggalah pada tahun 2008 apabila ekonomi US mejunan paling dalam sejak great economic crisis 1939. Kemudian hari ini Fed telah membuncitkan balance sheet-nya tiga kali ganda berbanding tahun 2008.

Apa kata Keynes jika dia masih hidup hari ini? Apa sebab ekonomi boleh naik dan turun?

Jawapan ringkas Keynes menurut Bateman ialah, ekonomi jatuh dan naik disebabkan jatuh dan naik private investment.

Keynes menukilkan dalam buku terkenalnya, The General Theory of Employment, Interest and Money (1936), ada tiga punca permintaan (demand) dalam ekonomi.

  • Isi rumah (households) berbelanja
  • Perniagaan (business) melabur
  • Kerajaan (government) berbelanja untuk infras dan perkhidmatan

Sebab utama kepada turun naik ekonomi ialah kitaran perniagaan. Apa yang dimaksudkan oleh Keynes ialah turun naik dalam pelaburan daripada sektor swasta.

Perbelanjaan isi rumah atau pengguna adalah stabil. Bermakna, tabiat pengguna tidak banyak berubah dengan berubahnya pendapatan.

Bila ekonomi tidak baik, mereka tetap berbelanja untuk makan, pakai dan sebagainya walaupun pendapatan telah menurun. Kekurangan pendapatan dapat ditampung dengan simpanan atau pinjaman.

Bila ekonomi baik, mereka tidak membelanjakan semua pendapatan tambahan, mereka menyimpan sebahagiannya atau membayar kembali hutang.

Pelaburan swasta pula bergantung kepada prospek bisnes masa depan. Jika harga minyak dijangka naik, maka ahli perniagaan akan mula melabur untuk gudang, peralatan, kilang dan seumpamanya. Mereka juga akan mengambil pekerja baru

Tetapi jika mereka bimbang harga minyak akan turun, pekerja akan diberhentikan, pelaburan dalam peralatan dan sebagainya akan ditangguhkan.

Tabiat ini Keynes menamakannya sebagai ‘animal spirits’.  The higher the animal spirit the higher private investment.

Jadi roda putaran ekonomi akan turn dan naik disebabkan turun dan naik pelaburan daripada sektor perniagaan.

Keynes mengatakan jika ekonomi meleset, ia tidak akan mampu bangkit kembali kerana ahli perniagaan menjadi terlalu negatif dengan prospek ekonomi masa depan.

Ini menjerumuskan keseluruhan ekonomi negara ke dalam kancah kemelesetan yang amat dalam. Rakyat akan menjadi semakin susah dan ramai gagal mencari pekerjaan.

Jadi, apa yang boleh dibuat jika ekonomi meleset? Keynes menerbitkan buku The General pada tahun 1936 kemudiannya diserang penyakit jantung pada tahun 1937. Tidak banyak sumbangannya selepas dia kembali pulih daripada sakit jantung dan dia meninggal dunia pada tahun 1946.

Aliran pemikiran Keynesians yang dikenali hari ini bukanlah apa yang dikatakan oleh Keynes sendiri. Keynesians ialah ahli ekonomi yang mengambil legasi Keynes setelah kematiannya dan cuba membina sistem ekonomi daripadanya.

Apa yang dikatakan oleh aliran keynesian ialah, ketiga-tiga sektor; isirumah, perniagaan dan kerajaan, perbelanjaannya atau pelaburan boleh dipacu untuk menarik ekonomi keluar daripada kemelesetan.

Kerajaan boleh terus berbelanja untuk mengisi ruang pelaburan yang ditinggalkan oleh swasta, walaupun terpaksa berisiko defisit bajet. Berbeza dengan tanggapan umum, Keynes tidak pernah percaya dengan bajet defisit.

Atau mengurangkan cukai supaya orang ramai mempunyai lebihan duit untuk berbelanja. Untuk ini, Keynes tidak pernah bersetuju dengan mengurangkan cukai akan menggalakkan orang ramai meningkatkan perbelanjaan.

Dia bersetuju jika kerajaan berbelanja untuk membina jambatan, lebuh raya atau lapangan terbang sebagai cara untuk merangsang ekonomi. Tetapi dia tidak percaya hanya dengan berbelanja sebegini akan mampu menaikkan menstabilkan pertumbuhan ekonomi.

Perkara utama bagi Keynes ialah untuk mengekalkan pekerjaan untuk rakyat. Inilah model asas oleh Keynes sendiri yang kemudiannya dibangunkan oleh ahli ekonomi selepasnya.

Dalam keadaan ekonomi sekarang US, Jepun dan Eropah berbelanja dalam usaha meneutralkan kemelesetan ekonomi hingga menambahkan jurang defisit. Jika Keynes hidup lagi, dia tidak akan bersetuju dengan kerajaan terus berbelanja lebih daripada pendapatan.

Komentar Saya

Tabiat pengguna sukar diubah seperti mana yang Keynes katakan. Orang barat gemar berbelanja hingga berhutang. Manakala orang timur terutamanya orang cina kuat menabung dan kurang berbelanja.

Hasilnya, hutang orang barat sebenarnya di finance oleh orang cina. Pada peringkat antara kerajaan pun sama. Defisit bajet kerajaan US ditanggung dengan pembelian US Treasury oleh Kerajaan China.

Bagaimana untuk merangsang kerajaan US dan rakyat US lagi jika sekarang pun mereka dan bernafas di dalam lumpur.

Apa yang perlu ialah, US kurangkan tabiat suka berbelanja dan China untuk keluarkan simpanan dan enjoy more.

Untuk merangsang orang China berbelanja mungkin boleh dicapai pada generasi muda apabila mereka capai umur ‘prime’.

Tapi untuk minta orang US kurangkan enjoy sedikit, agak mustahil untuk dua tiga generasi akan datang pun.

Selepas krisis ekonomi 2008, US dan China mengambil dua jalan yang berbeza.

US merangsangkan sektor swastanya dengan Quantity Easing dan merendahkan kadar interest.

China pula, setelah demand kepada pengilangannya daripada US berkurang, mereka berbelanja besar untuk lebuh raya dan jalan keretapi laju.

Hasilnya, di US, duit memang banyak tetapi tidak digunakan untuk pelaburan dalam industri dan perniagaan. Apa yang terjadi ialah perkembangan industi kewangan sahaja yang melonjak harga saham sehingga melahirkan trillion dollar market cap company.

Ataupun pengaliran pelaburan masuk ke negara-negara sedang membangun seperti Brazil, China dan Indonesia.

Di China pula, pembinaan infrastruktur sudah mencapai hadnya. Hinggakan melimpah ke negara-negara Afrika, Iraq dan Malaysia juga.

Adakah kita akan menghadapi krisis ekonomi lagi? Keynes akan jawab ya. Tetapi dia tidak akan tahu bila akan terjadi.

Saya juga bersetuju bahawa kebarangkalian tahun ini akan ada krisis ekonomi adalah sama dengan kebarangkaliannya pada tahun lepas.

Bagi saya, soalan yang lebih penting ialah, sudahkah anda bersedia jika berlaku krisis ekonomi?

Atau yang lebih asas, berapa bulan anda mampu bertahan jika esok anda diberhentikan kerja?

Wassalam.

Elias Abllah

Rujukan : 

G. Page West III, Robert M. Whaples (2013), The Economic Crisis In Retrospect : Explaination by Great Economists, Edward Elgar Publishing Limited.

Krisis Ekonomi Mengikut John Maynard Keynes
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *