Agen unit trust biasanya akan dapat rejection. Sebelum jadi agen, ramai kawan yang nampaknya berpotensi dan positif akan melabur. Tetapi setelah lulus exam, siapkan business card dan secara rasmi sah menjadi agen, kawan yang sama tidak juga nak melabur. Apa sebabnya?

Sebab utamanya ialah kegagalan kita sebagai agen mencari sebab sebenar kenapa kawan atau client reject. Atau apa yang kita persembahkan gagal menekan hot button mereka.

Antara alasan biasa ialah,

  • Tunggu duit masuk
  • Nanti bincang dengan isteri
  • Minta report dulu
  • Tunggu Pilihanraya
  • Duit tak ada

Tetapi selang beberapa ketika, kawan yang sama ada pula duit masuk skim cepat sontot diri sendiri atau beli latest gadget.

Maka apa sahaja alasan yang diberi bukan sebab sebenarnya. Mungkin dia tak suka kita sebab ketiak berbau atau bulu hidung keluar macam obor sukma yang terbalik.

Umpama gadis yang menolak cinta si lelaki, dia tak akan cakap sebab sebenar kan? Dan alasan lelaki nak mencari isteri yang solehah pun bukan faktor utama bukan? Kebanyakannya lah.

Bagaimana nak tahu sebab sebenar? Caranya tidak lain dengan banyak bertanya perihal client kita. Umpama diagnostic yang doktor buat. Doktor tak pernah pun nak present ubat-ubatnya yang power.

Yang penting baginya ialah pesakit dan diagnostic yang betul. Salah diagnostic salah lah ubatnya.

Terbalik dengan agen unit trust, yang dipentingkannya ialah ‘ubat’. Tatapi sakit sebenar client tidak tahu apa sebabnya.

Pun begitu, kalau sudah bukan jodoh, carilah client lain pula. Bunga bukan sekuntum.

Sekian, Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance

Korek Sebab Sebenarnya
Tagged on:             

One thought on “Korek Sebab Sebenarnya

  • May 3, 2017 at 1:55 pm
    Permalink

    Adoii …

    Pula da …

    ke ke ke ke

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *