Ramai yang mula melabur sejak daripada awal mula bekerja. Pakar kewangan mencadangkan 10% daripada gaji diperuntukkan untuk pelaburan.

Contohnya, jika gaji permulaan RM 2000 maka RM 200 untuk akaun pelaburan.

Namun setelah lebih 10 tahun bekerja jumlah pelaburan masih sama. 10% daripada gaji mula bekerja. Masih lagi sama RM 200 walau gaji dah RM 10000.

Sepatutnya RM 1000, 10% daripada gaji terkini.

Sedangkan bayaran kereta seiring dengan kenaikan gaji.

Ini antara sebab mengapa dana persaraan tidak akan cukup untuk mengekalkan taraf kehidupan atau lifestyle bila bersara nanti.

Yang lebih baik sentiasa meningkatkan lagi pelaburan, daripada 10% naik kepada 20%.

Ini boleh dilakukan kerana selepas 10 tahun tentunya hutang kereta sudah langsai, maka duit yang dulunya buat bayar hutang kereta bolehlah dilaburkan pula.

Malangnya belum sempat hutang kereta asal habis dibayar sudah pula upgrade kereta baru. Dengan model terbaru anda sebenarnya downgrade pelaburan sendiri.

Seperti mana tiada rahsia untuk kurus, begitu juga tiada rahsia untuk kaya. Apa yang perlu ialah ACTION dan DISCIPLINE,

Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance

 

Kesilapan Biasa Dalam Pelaburan
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *