Saya kerja sebagai unit trust agent dengan Public Mutual. Pendapatan saya hasil komisen daripada pelaburan pelabur saya. Inilah sebahagian punca rezeki saya untuk menyara keluarga.

Contohnya kalau pelabur saya invest RM 1000, saya dapatlah RM 24.70 kalau skim KWSP. Ini komisen kasar belum tolak kos minyak, tol, parking, belanja makan, pomade dan sebagainya.

Pun begitu, saya pastikan pelabur saya dapat lebih nilai daripada komisen yang saya dapat. Contohnya dengan pelaburan RM 1000 kalau disimpan selama 20 tahun pada kadar 10% akan meningkat kepada RM 6531.53, ini sudah ditolak service charge sebanyak RM 29.13

Keuntungan sebanyak RM 5531!

Bagi memastikan pelabur saya berada di landasan yang betul untuk mencapai 10% setahun, saya melengkapkan diri saya dengan kelayakan Islamic Financial Planner dengan kos hampir RM 10k.

Kerja saya selain pemudahcara untuk pelabur ialah sebagai advisor dalam hal kewangan, walaupun pelabur saya sendiri pun ada kelayakan accounting dan finance sekalipun.

Ini kerana setiap orang perlukan seseorang yang boleh mengenalpasti blindspot dalam hal kewangan. Ini terbukti kerana saya sendiri pun banyak kali tersilap langkah dalam bab pelaburan sebelum ini.

Di peringkat agensi, setiap 3 bulan berdasarkan keadaan geopolitik dan ekonomi semasa, saya akan keluarkan Fund Selector dan Asset Allocation untuk digunakan oleh anak-anak buah saya di S.A Agency. Ini untuk memastikan pelabur mereka juga mendapat manfaat yang sama.

Jelas kerja saya bukan hanya sekadar kejar pelabur untuk sign borang.

Satu pemerhatian menarik, high networth investor tak kisah sangat berapa komisen agent dapat. Yang penting bagi mereka ialah apa nilai tambah dan relationship yang agen boleh tawarkan kepada mereka.

Terima kasih saya ucapkan kepada pelabur-pelabur saya.

Wassalam,

Elias Abllah,Personal Finance

Kerja Sebagai Agen Unit Trust
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *