Rakyat Malaysia bakal membuat keputusan dalam Pilihanraya Umum ke 14 tidak lama lagi, akan parti politik manakah yang bakal menguasai Putrajaya.

Jelas, di kalangan pengundi Melayu terutamanya, mereka masih gagal untuk membuat keputusan sebulat suara pada siapakah undi patut diberikan. Mungkin berpecah kepada dua atau tiga kumpulan. Mungkin juga lebih lagi.

Secara individu, parti mereka sahajalah yang betul. Tetapi sebagai satu kelompok pengundi, keputusan berbagi-bagi ini salah dan merugikan.

Berbeza dengan pengundi Cina. Kelihatan mereka lebih mudah membuat keputusan dan tidak takut membuat keputusan yang salah. Mungkin dunia perniagaan yang dikuasai oleh kaum Cina melatih mereka sentiasa ada keputusan.

Colin Powell once said, “Indecision has cost Americans, the Government, and business, billions more than wrong decisions.”

Kebanyakan orang takut untuk membuat keputusan besar. Mereka cuba mengumpul dan menganalisa maklumat dalam usaha untuk membuat keputusan yang tepat, tetapi tidak pasti berapa banyak data yang diperlukan.

Persoalan ini dirungkaikan dengan baik oleh Colin Powell, bekas ketua tentera US dan Ketua Setiausaha US. Pendekatan beliau ialah dengan mengambil kira berapa banyak maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan.

Dalam membuat keputusan, Colin mencadangkan kita perlu 40% hingga 70% maklumat sebelum membuat keputusan.

Kita bakal membuat keputusan yang salah jika maklumat kurang daripada 40%. Keputusan terburu-buru biasanya membawa banyak kerugian.

Namun, jika kita tunggu 70% hingga 100% maklumat untuk membolehkan kita buat keputusan, maka apabila kita buat keputusan, ianya sudah terlambat.

Agak cukup sahaja 70% maklumat yang ada, lagi 30% kita perlu tawakkal dan berserah kepada-Nya.

Itu mungkin sebab ramai yang belum kahwin sebab menunggu maklumat terlalu lama, sehingga lepas satu-satu di ambil orang.

Dalam keadaan lain, mereka yang terlalu cepat buat keputusan  untuk kahwin risiko bercerai kemudiannya agak tinggi.

Dalam kontek bisnes pula, lambat membuat keputusan menyebabkan kerugian yang lebih besar. Sebagai contoh, saya tertanya-tanya adakah keputusan Petronas keluar daripada pelaburan Canada LNG dibuat terlalu lambat dan apakah perbezaan jikalau ianya dibuat lebih awal.

Undi Siapa?

Ada tiga blok utama dalam piliharaya akan datang. Bagi saya, rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu mesti membuat keputusan sebulat suara kepada siapa undi patut diberikan.

Keputusan yang berbagi-bagi lebih merugikan daripada keputusan yang salah. Tentu sekali kita mahu membuat keputusan yang tepat. Tetapi hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Theodore Roosevelt, one of America’s greatest presidents, said, “In any moment of decision, the best thing you can do is the right thing, the next best thing is the wrong thing, and the worst thing you can do is nothing.”

Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance

Keputusan Salah Lebih Baik Daripada Tiada Keputusan
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *