Cara Mudah Kira Keperluan Takaful

Anda perlu bertanya diri sendiri:

  1. Berapakah pendapatan tahunan anda sekarang?
  2. Berapa lama keluarga anda perlukan pendapatan ini?
  3. Berapa pula jumlah simpanan yang sudah ada?
  4. Berapa lagi jumlah simpanan yang anda perlukan sekarang?

Contohnya,

Jika dunia ini ditinggalkan selamanya berapakah jumlah wang tanggungan keluarga yang diperlukan untuk keluarga?

Atau ditimpa sakit atau musibah hingga hilang upaya mencari nafkah berapakah jumlah wang tanggungan yang diperlukan keluarga?

Contohnya tanggungan keluarga RM 100,000 setahun. Jumlah simpanan KWSP ialah sebanyak RM 200,000.

Cara kira,

Pendapatan yang diperlukan = RM100,000/tahun

Dividen pelaburan tahunan = 6%

Oleh sebab itu, jumlah simpanan yang perlu = RM 100,000 ÷ 6% = RM 1,666,666

Ini ialah jumlah yang diperlukan untuk menjanakan pendapatan RM 100,000 setahun dengan kadar pulangan 6%. Contohnya RM 1,666,666 dilaburkan dalam tabung haji. Setiap tahun dividen tabung haji ialah 6% x 1,666,666 = RM 100,000.

Oleh kerana jumlah simpanan di KWSP bernilai RM 200,000 maka;

Jumlah simpanan yang belum cukup = RM 1,666,666 – RM 200,000

= RM 1,466,666

Persoalannya, siapa nak bagi duit hampir RM1.5 juta di atas jika apa-apa berlaku?

Cara nya ialah dengan menyediakan perlindungan Takaful untuk keluarganya. Inilah gunanya takaful.

Untuk RM 1.5 juta, berapakah sebahagian daripada pendapatan tahunan diperuntukan untuk Takaful?

Income replacement AIA

Jawapan : RM 11,043.23

Oleh itu lebih kurang 10% daripada pendapatan tahunan Mr Boris harus diperuntukan bagi tujuan income replacement.

Medical Card

Antara Medical Card ‘Stand-alone’ vs. Medical Card ‘Investment Link’.

Yang mana satu PILIHAN anda??

Medical Card Stand Alone

Selalunya LEBIH MURAH. Komitmen bulanan yang rendah untuk pelan individu, pasangan dan keluarga

FOKUS kepada mengurangkan bebanan kewangan bagi kemasukan, rawatan dan perubatan di hospital.

KOS CARUMAN selalunya akan MENINGKAT bagi setiap 5 tahun. Oleh itu, buatlah perancangan kewangan yang teliti. Disarankan untuk membuat analisa menganai jumlah caruman yang harus dibayar, seiring dengan kenaikan umur.

Polisi anda akan luput (lapse) sekiranya tiada caruman dibuat dalam selang masa yang tertentu, biasanya antara 30-45 hari.

Disebabkan polisi ini tiada nilai tunai (cash value) seperti Polisi ‘Investment Link’, maka amat penting untuk membuat caruman pada masa yang ditetapkan.

Tiada sebarang pertambahan manfaat (rider) yang lain seperti ‘Personal Accident’, 36 ‘Critical Illness’ ataupun pelaburan (cash value) dan lain-lain

Medical Card Beserta ‘Investment-link’

Merupakan manfaat tambahan (rider) kepada sesuatu polisi utama berkaitan pelaburan. Ringkasnya anda membeli Polisi ‘Investment Link’ dengan menyertakan sekali (attach) ‘Medical Card’ didalam polisi tersebut

Dengan kelebihan mekanisma pelaburan didalam polisi anda, SIMPANAN akan MENINGKAT dari semasa ke semasa. Ini dapat menampung kenaikan caj ‘Tabbaru’ bagi ‘Medical Card’ kerana akaun mempunyai dana bagi tujuan itu

Kadar bayaran anda akan KEKAL walaupon kos ‘Medical Card’ meningkat seiring dengan umur.

Boleh MEMILIH mempelbagaikan manfaat tambahan (rider) bagi polisi utama seperti pampasan kemalangan, perlindungan 36 penyakit kritikal, pelepasan caruman dan sebagainya.

Boleh memilih pelepasan, jika menghadapi kemalangan atau penyakit kritikal dan hilang upaya untuk bekerja, BAYARAN ANDA AKAN PERCUMA kerana ianya akan ditanggung syarikat insuran. Bermakna polisi insuran anda akan kekal hidup.

Ini adalah antara faktor polisi ini sedikit mahal berbanding dengan polisi ‘Stand-alone’.

perbandingan medical card prudential AIA

Penyakit kritikal

Kebiasaannya, anda tidak akan dilindungi oleh polisi hospital syarikat jika anda telah menghidap penyakit-penyakit seperti di bawah. Syarikat hanya akan melindungi pelan hospital dan pembedahan sahaja.

Bagi mereka yang tidak mengambil rider 36 Critikal Illness pula, mereka masih boleh menggunakan Medical Card untuk merawat 36 penyakit kritikal hingga sembuh cuma mereka tidak akan mendapat pampasan. 

Walaubagaimanapun, jika pemegang polisi mengambil critical illness rider, dan jika Doktor dianogsiskan pesakit TPD (Total Loss Disability) disebabkan penyakit 36 penyakit kritikal, mereka layak mendapat pampasan TPD daripada critical illness rider.
  1. Koma
  2. Lumpuh
  3. Kanser
  4. Strok
  5. Serangan jantung
  6. Penyakit Arteri Koronari
  7. Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
  8. Pengantian Injap jantung
  9. Pembedahan Aorta
  10. Kardiomiopati
  11. Ensefalitis
  12. Tumor Otak Benigna
  13. Meningitis Bakteria
  14. Penyakit Neuron Motor
  15. Penyakit Parkinson
  16. Penyakit Aizheimer
  17. Poliomielitis
  18. Sklerosis Berbilang
  19. Sindrom apalik
  20. Hilang keupayaan Diri
  21. Hilang Perlihatan
  22. Hilang pendengaran
  23. Hilang pertuturan
  24. Anemia Aplastik
  25. Trauma Kepala Utama
  26. Luka Terbakar teruk
  27. Pemindahan Organ utama
  28. Kegagalan Buah pinggang
  29. Penyakit hati kronik
  30. Hepatatis Virus Fulminan
  31. Angioplasti
  32. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
  33. Pembedahan Otak
  34. Lumpuh Paraplegia
  35. Penyakir paru paru kronik
  36. Distrofi otot

Tujuan asas polisi perlindungan 36 penyakit kritikal adalah untuk memberi perlindungan kewangan pada diri kita. Jika ditakdirkan diri kita didagnosis dengan salah satu dari 36 penyakit tersebut, takaful akan mengantikan sejumlah pampasan pada anda.

Early Critical Illness

Pelan Lengkap Early Critical Illness adalah pelan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif dengan menyediakan faedah-faedah bayaran awal untuk para pelanggan yang mencari perlindungan terhadap penyakit kritikal walaupun di peringkat awal.

Untuk pengetahuan anda, perlindungan penyakit kritikal yang biasa hanya memberi pampasan apabila pemegang polisi mengidap penyakit kritikal peringkat serius/parah SAHAJA.

Manakala pelan Early Critical Illness pula adalah pelan penyakit kritikal terbaru dengan banyak penambah baik dan direka khas untuk melindungi pada peringkat awal penyakit dikesan’.

Maknanya jika disahkan mengidap penyakit kritikal, walaupun diperingkat awal, takaful akan membayar pampasan kepada pemegang polisi.

Seperti kita maklum, kita manusia berkerja hanya apabila kesihatan kita berada pada tahap yang baik, baru boleh kita berkerja demi mencari pendapatan bagi menyara hidup kita dan keluarga.

Berapa jumlah yang seharusnya kita lindungi? Disini setiap individu mempunyai jumlah pendapatan,gaya hidup yang berbeza dari orang lain.

Jumlah perlindungan minimum bagi seseorang seharusnya tiga tahun gaji seseorang. Lebih dari itu adalah lebih baik buat diri anda. Jika anda mempunyai pendapatan tahunan contoh RM 80,000 setahun, maka jumlah perlindungan 36 peyakit kritikal adalah RM 360,000

Mengapa tiga tahun minima? Ini kerana jika semalam anda ditakdirkan diagnosis dengan salah satu dari 36 penyakit kritikal, dengan pendapatan dan gaya hidup anda sekarang, anda mampu meneruskan menanggung keluarga selama tiga tahun lagi tanpa perlu risau masalah kewangan.

Kenapa Takaful?

#1 Alat Mencapai Matlamat Kewangan

Pelan perlindungan pendapatan dan perubatan lebih tinggi prioriti nya berbanding pelan pelaburan. Pelan pelaburan tanpa perlindungan ibarat bergantung di dahan yang rapuh dimamah pula dengan anai-anai daripada dalam.takaful AIA terbaik

Persaraan yang selesa dan tabung pendidikan anak-anaka merupakan matlamat kewangan yang penting. Matlamat ini memerlukan disiplin dan jangkamasa 15-30 tahun.

Ini dicapai dengan pelan pelaburan ini dijayakan dengan peruntukan sebahagian pendapatan kepada tabung pelaburan dan pendidikan bulan demi bulan. Ini pelan A.

Tiada jaminan 100% pelabur boleh terus sihat dan panjang umur untuk terus manabung demi mecapai objektif pelaburan mereka.

Oleh itu perlu ada plan B jika plan A kita tidak kesampaian. Agar kelangsungan keluarga dan pendidikan anak-anak tidak tergendala di pertengahan perjalanan.

#2 Risiko Mati Muda

Mati pada umur muda adalah risiko bagi keluarga yang sedang membesar. Anak-anak masih bersekolah dan hutang masih banyak.

Dengan kata lain, ketidakupayaan untuk bekerja atau kematian ‘breadwinner’ boleh menjejaskan taraf kehidupan dan pendidikan anak-anak.

Oleh sebab itu, takaful diperlukan untuk mengambil alih peranan dalam situasi begini. Sebagai pengganti diri. Takaful lah yang akan mengambil peranan meneruskan tabungan pelaburan dan pendidikan anak-anak.

Suka saya petik karangan Dr Rizal Naidu, seorang sifu terawal dalam bidang insuran dan takaful. Karangan bertajuk‘Saya Sebagai Polisi Insuran’

POLISI HAYAT

Salam Sejahtera

Saya polisi Insuran (takaful) Hayat anda

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

Sekarang ini, anda sedang melaksanakan tugas anda. Menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya.

Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat (life boat) tergantung di atas kapal Titanic yang besar.

Tetapi suatu hari, (hanya Allah sahaja yang mengetahi bila) anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas, untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi.

Saya juga menyediakan pendidikan kepada anak-anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga tetap menyerlah.

Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan saya sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk anda dan keluarga anda daripada apa yang anda lakukan untuk saya.

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melakukan tanggungjawab saya.

Yang benar,

Takaful Hayat/Takaful.

 #3 Risiko Umur Lanjut

Jangka hayat kelahiran rakyat Malaysia dijangka bertambah bagi perempuan dan lelaki masing-masing daripada 75 tahun dan 70 tahun pada 2000 kepada 79 tahun dan 75 tahun pada 2020.

Dengan meningkatnya jangka hayat dan menurunnya kadar kelahiran, peratus penduduk berusia 55 tahun dan ke atas dijangka meningkat kepada 14 peratus pada 2020 berbanding sembilan peratus pada 2000.

Tahap kesihatan pada usia lanjut akan merosot dan ini secara langsung mempengaruhi keperluan kepada penjagaan kesihatan yang tinggi.

Umur yang panjang juga adalah risiko jika tidak ada sumber pendapatan dan simpanan untuk menyara hidup dan perbelanjaan perubatan. Kerap kali kita dengar pesara menghabiskan duit KWSP kurang daripada tiga tahun.

Kita bekerja bermula tamat pengajian sehingga umur 55 tahun. Sepanjang lebih 30 tahun adalah masanya kita bekerja mengumpul harta supaya di hari tua, harta pula bekerja untuk kita.

Tentunya kita tidak mahu harta dan masa kita di usia emas dihabiskan untuk perbelanjaan hospital.

Oleh itu perlu ada plan takaful perubatan yang komprehensif bermula daripada sekarang di usia muda.

Malangnya jika plan takaful anda tamat umur 65 atau atau, maka tiada lagi perlindungan di usia yang amat memerlukan.

Ada juga pekerja yang bergantung dengan kemudahan perubatan yang disediakan oleh majikan. Tetapi kemudahan ini akan tamat sejurus kita berhenti kerja atau capai umur persaraan wajib. Lebih malang lagi jika tiba-tiba diberhentikan kerja seperti yang terjadi kepada pekerja di sektor minyak dan gas desawarsa ini.

Oleh itu, mahukah saya tunjuk kan pelan takaful sentiasa di sisi sehingga umur 100 tahun?

#4 Kos Perubatan

BMI rakyat Malaysia adalah yang paling tinggi di kalangan negara asia tenggara. Gaya hidup dan diet yang tidak seimbang menyumbang kepada masalah ini.

Walaupun diet kurus dan execise makin popular tapi kadar kegemukan oarang malaysia masih tinggi. Di mana silapnya? Diet dan exercise sahaja tebukti berkesan untuk jangka masa pendek, tetapi kita memerlukan penyelesaian jangka panjang. Maka langkah yang diambil haruslah menyeluruh bukan sahaja diet dan exercise/senaman tetapi juga kawalan minda, komposisi badan dan perubahan lifestyle.
MALAYSIA Paling Gemuk

Lantaran itu penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung menjadi lumrah. Tidak kurang yang hilang upaya akibat stroke.

Kegemukan juga meningkatkan kebarangkalian mendapat kanser lebih tinggi daripada berat badan normal.

Semua ini boleh menyebabkan sebahagian besar simpanan atau pelaburan dihabiskan untuk perbelanjaan perubatan.

Jika mula bekerja di umur muda dalam keadaan sihat, mungkin bila diberhentikan kerja rekod kesihatan sudah tidak sihat lagi. Seterusnya mengakibatkan pelan takaful yang diambil lebih mahal atau yang lebih malang tidak layak lagi menyertai pelan takaful.

Ini boleh menjejaskan kehidupan dan kedudukan kewangan bukan sahaja individu itu sendiri, tetapi kepada ahli keluarga mereka.TAKAFUL aia sebagai medical

Melalui takaful perubatan dan kesihatan, bebanan menanggung kos rawatan dan perbelanjaan perubatan lain akibat hilang upaya dan penyakit kronik akan dipindahkan kepada syarikat takaful.

Maka, individu tidak perlu berdepan masalah kewangan akibat kemerosotan kesihatan mereka. Masyarakat perlu memahami bahawa wujud beberapa faktor yang menyebabkan takaful perubatan dan kesihatan semakin penting hari ini.

Pertama, kos penjagaan kesihatan semakin mahal. Kos ini merangkumi kos rundingan doktor, jururawat, ubat, peralatan perubatan dan bangunan. Peningkatan dalam teknologi perubatan memerlukan jumlah dana yang sangat tinggi. Kos seperti penyelidikan perubatan yang dilakukan, pembangunan peralatan perubatan dan farmaseutikal yang baru dan kelulusan daripada pihak kerajaan memakan belanja sehingga bilion ringgit. Kos perubatan dijangka terus meningkat pada masa depan ekoran inflasi.

Kedua, bilangan kes penyakit kronik yang tinggi. Walaupun teknologi perubatan semakin maju, bilangan penghidap bagi penyakit kronik juga meningkat. Penyakit kronik termasuk kanser, buah pinggang, sakit jantung, kelumpuhan, penyakit hati kronik, HIV, encephalitis dan lain-lain lagi. Kos perubatan bagi penyakit ini memang tinggi kerana ia membabitkan rawatan yang berterusan dan konsisten.

#5 Takaful Mampu Sangat Milik

Sekarang ini ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi yang agak kurang baik. Kawan-kawan di sektor Oil dan Gas ada yang kena potong 10% gaji. Malah ada yang ditawarkan VSS dan tidak disambungkan kontrak kerja.

Di sektor perbankan juga tidak kurang ributnya.

Malangnya tiada takaful atau insurance yang dapat membantu mengurangkan beban bila hilang kerja. Kalau berjimat cermat mungkin ada lah sedikit simpanan atau pampasan yang boleh membantu sementara mencari sumber pendapatan lain.

Jika tiada, maka kereta atau rumah harus dijual. Dan anda tidak boleh sakit. Tidak dibenarkan sakit!

Risiko ini boleh dipindahkan kepada pengendali Takaful atau Insuran dengan sedikit bayaran premium. Bayaran ini umpama pelaburan untuk ‘peace of mind’ yang hanya memerlukan komitmen 10% daripada pendapatan.

Jika diberi pilihan antara potong gaji 10% dengan hilang gaji 90%, yang mana kita pilih?

Masihkah kita boleh terus menyara keluarga jika gaji dipotong 10%?…..Jawapannya boleh.

Oleh itu sepatutnya boleh sangat anda mengasingkan 10% pendapatan untuk takaful demi kelangsungan keluarga anda yang tersayang.

Suatu hari nanti, sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku, 10% ini tidak perlu lagi dibayar. Manakala 100% perbelanjaan lain terus berjalan seperti biasa. Inilah matlamat Takaful sebagai penanggung risiko.

Bagaimana Bermula?

Saya percaya anda tentu setuju Takaful amat penting, namun anda terlalu sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.

Kerana anda seorang yang komited dengan kerja demi mengejar impian dan cita-cita keluarga.

Atas sebab itulah kita perlu berjumpa untuk menilai kembali pelan perlindungan anda sekeluarga.

What apps sekarang

0127176903

Elias Abllah, Personal Finance.

Kenapa Takaful untuk Anda?
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *