Putrajaya Bandar Dalam Taman menjadi pusat pentadbiran kerajaan. Kebersihan, lanskap dan keselamatan jalanan amat baik di sini.

Kita tidak berasa takut kalau jogging atau kayuh basikal pada waktu malam.

Jambatan di putrajaya
image by Perbadanan Putrajaya

Jumlah penduduk di Putrajaya kini mencecah 72 ribu orang. Di waktu hari bekerja jumlahnya bertambah kepada 100 ribu kerana penjawat awam dan swasta masuk kerja tetapi tinggal di luar Putrajaya.

Orang awam datang berurusan dan pelancong luar ramai yang masuk ke Putrajaya setiap hari.

Fakta penduduk putrajaya
Sumber: Putrajaya Holding

Bandar pintar terancang ini boleh menampung 350,000 penduduk dan 500,000 pekerja.

Banyak lagi projek yang akan dilancarkan setiap tahun oleh Putrajaya Holding, anak syarikat Petronas.

Setiap projek baru yang naik menyebabkan nilai hartanah sedia ada akan meningkat kerana ruang untuk pembangunan semakin kurang. Tanah freehold ini terhad dan keluasan Putrajaya tidak akan bertambah lagi.

Saya juga dapati pembangunan akan datang akan lebih tertumpu kepada High Rise residential. Ini menjadikan rumah landed terutamanya semi-D dan detached akan makin bernilai.

Tambahan pula kebanyakan tanah di sini diperuntukan untuk kuarter kakitangan awam. Oleh itu tanah dan hartanah untuk pelabur luar amat terhad di samping terpaksa bersaing dengan penjawat awam yang terus menetap di Putrajaya selepas pencen.

Pelaburan hartanah putrajaya

Pendidikan

Buat masa ini semua sekolah di Putrajaya hanya ada satu sesi. Memudahkan ibu bapa yang ada anak ramai bersekolah.

Di Putrajaya juga terletaknya Heriot Watt University, sebuah universiti antarabangsa terkemuka. Di sinilah saya bekerja yang juga membawa saya menetap di Putrajaya.

Di sekitarnya pula ada UPM, UKM, Lim Kok Wing, Universiti Islam Malaysia, GMI dan UNITEN.

Sekolah berasrama penuh Sekolah Sains Alam Shah juga terletak di sini dan Sekolah Seri Puteri berdekatan di Cyberjaya.

Tentu ini semua memudahkan ibu bapa untuk merancang pendidikan anak-anak tanpa berjauhan sangat.

Untuk warga pencen pula terdapat program Pengajian Sepanjang Hayat merupakan projek printis dijalankan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kerjasama dengan Institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini memfokuskan golongan pencen dan warga emas serta penjawat awam di putrajaya. Program ini adalah lanjutan kepada pendidikan sedia ada di universiti berkenaan. Walau bagaimanapun, ia diteruskan di masjid ini bertujuan menerapkan konsep menuntut ilmu yang berguna sebagai “ibadah di kalangan peserta” selaras pendidikan Islam “dari buaian ke liang lahad”.

Paling akhir, terdapat juga kursus pengurusan jenazah di Masjid ini.

Pengangkutan Awam

Putrajaya Sentral menjadi titik sambung Putrajaya kepada jaringan pengangkutan awam. KLIA transit menghubungkan penduduk dengan TBS, KL Sentral, KLIA dan KLIA2. MRT juga akan sampai ke Putrajaya nanti.

Setiap kali cuti sekolah ramai yang parking di Putrajaya Sentral dan naik tren ke airport untuk bercuti ke serata Malaysia dan seluruh dunia. Lagipun caj parking hanya RM 6 sehari di sini.

Nak free juga boleh, parking sahaja di kawasan lapang depan Putrajaya Sentral.

Bas juga sangat bagus dan murah. Tambang hanya 50 sen untuk destinasi dalam Putrajaya. Kerap kali juga saya naik bas ke KL Sentral dengan RM 3.80 sehala. Ambil masa 40 minit melalui lebuhraya MEX.

Shopping

Selain Alamanda terdapat juga IOI Mall dan De Pulze untuk penduduk di Putrajaya membeli belah. Bangi Sentral pun tidak jauh dari sini.

Untuk keperluan barang basah, ada pasar di Presint 8 yang dibuka setiap hari. Setiap hari selasa dan jumaat pula ada Pasar Tani berhampiran Masjid Besi.

Yang terbaru FAMA baru sahaja melancarkan MyFarm Outlet yang menyediakan bekalan sayuran, daging dan ikan pada harga yang rendah untuk kemudahan penduduk. Di Buka setiap hari daripada 10 pagi hingga 10 malam.

Kesimpulan

Saya bercadang membeli rumah di Putrajaya dalam masa terdekat berdasarkan faktor-faktor di atas. Anda pula bagaimana?

Wassalam.

Elias Abllah, Personal Finance

Pelaburan hartanah putrajaya 2

Kenapa Pelaburan Hartanah di Putrajaya?
Tagged on:     

2 thoughts on “Kenapa Pelaburan Hartanah di Putrajaya?

  • July 19, 2016 at 2:39 pm
    Permalink

    bagaimana dgn kemudahan hospital?

    Reply
    • July 19, 2016 at 9:04 pm
      Permalink

      kemudahan klinik kesihatan dan hospital besar pun bagus. Tak kurang berbanding hospital swasta

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *