Kesilapan biasa yang agen unit trust atau takaful lakukan ialah terlalu menumpukan kepada produk atau plan masing-masing. Termasuklah saya sendiri suatu ketika dulu

Jika kita perhatikan, secara purata dalam satu minit agen akan bercakap 50 saat dan client hanya 10 saat.

Kadang-kadang agen macam syok sendiri promote produk mereka. Cakap dengan jargons investment persis Warren Buffet. Kononnya kitalah tahu semua pasal pelaburan.

Tanpa mempedulikan apa perasaan client. Kadang-kadang apabila lidah terlalu cepat daripada akal, secara tidak sedar kita mungkin menyinggung perasaan client.agen takaful putrajaya

Saya tak kisah sangat produk yang saya nak persembahkan, client saya yang lebih penting. Kalau saya tidak faham client saya, bagaimana mungkin saya merangka pelan kewangan yang terbaik.

Mungkin hari ni hari pertama anaknya baru pandai berjalan. Dengarlah ceritanya dahulu kerana itu yang penting baginya hari ini.

Mungkin client sedih kucingnya sakit. Atau hatinya gembira nak kawin tak lama lagi.

Kita ada dua telinga dan satu mulut. Bermakna Tuhan suruh kita lebih mendengar dan kurang bercakap. Dengarlah dengan empathy.

Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance,

Kenapa Orang Tak Suka Agen Takaful atau Unit Trust?
Tagged on:             

One thought on “Kenapa Orang Tak Suka Agen Takaful atau Unit Trust?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *