Dalam pada tersebarnya printscreen whatsapp arahan kerja separuh hari di Miri, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) melaporkan penurunan keuntungan sebanyak 96 peratus pada suku kedua berakhir 30 June 2016.

Kejatuhan yang banyak ini berpunca di sektor upstream dengan ‘impairment losses’ sebanyak RM 7.16 billion.

Pada pendapat saya, impairment losses ini berpunca daripada perubahan keadaan pasaran, iaitu kejatuhan harga minyak.

Kejatuhan harga minyak menyebabkan sebahagian asset yang dulunya di nilai berdasarkan harga USD 100/barrel kini tidak lagi bernilai bila harga di bawah USD 40/barrel.

Oleh itu, bagi memenuhi  generally accepted accounting principles (GAAP), kemerosotan nilai ini harus dilaporkan sebagai kerugian di dalam income statement.

Berbanding suku tahun yang sama pada tahun 2015, tidak ada dilaporkan impairment losses yang besar seterusnya mencatatkan keuntungan sebanyak RM 9.103 bilion.

Pada tempoh yang sama tahun ini, apabila diambil kira impairment losses RM 7.16 billion natijahnya keuntungan hanya sebanyak RM 0.348 billion. Kejatuhan sebanyak 96%.

Petronas juga melaporkan pembayaran dividen kepada kerajaan sebanyak RM 6 billion setakat ini dan yakin boleh membayar baki daripada RM 10 billion seperti yang dijanjikan menjelang hujung tahun.

Ini amat jauh sekali berbeza dulunya Petronas menyumbang RM 27 billion dividen kepada kerajaan pada tahun 2013.

Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan
Sumbangan Petronas Kepada Kerajaan

Dalam suku tahun kedua ini juga menyaksikan beratus kakitangan Petronas ditamatkan perkhidmatan. Kedengaran gelombang kedua bakal menyusul.

Ekonomi dan sosial masyarakat banyak dipengaruhi oleh naik turun harga minyak disebabkan kebergantungan kepada sektor ini. Seperti apa yang dikongsikan oleh kawan saya yang baru balik dari Denmark, suatu ketika dulu kita pernah berada di puncak.

Sekarang, kita sedang menuruni puncak ini. Tentulah turun lebih cepat dan mudah daripada mendaki. Seolah-olah pendakian 10 tahun hanya memerlukan 2 tahun untuk kembali di titik yang sama. Usah dikenang puncak yang lepas.

Kini, kita perlu mendaki kembali mencari puncak baru. Puncak ini mungkin masih lagi dilitupi awan tebal di atas sehingga kita kurang jelas jalan naiknya.

Tentulah kita perlukan masa dan tenaga untuk sampai ke puncak baru. Siapa tahu, puncak yang baru lebih cantik pemandangannya.

Sekian,

Elias Abllah, Personal Finance.

Pembahagian Hasil Minyak Negara

Kenapa Keuntungan PETRONAS Menjunam 96%
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *