Ramai yang pernah dengar dan terlibat dengan Foreign Exchange atau lebih dikenali dengan FOREX tetapi adakah mereka benar-benar faham mengapa mereka terlibat dengannya.

Jika kita membeli saham, unit trust dan hartanah, kita mengambil peranan sebagai pelabur. Sejumlah wang kita risikokan untuk membeli harta-harta ini demi untuk mendapat pulangan yang lebih besar di masa hadapan.

Pulangan ini bergantung kepada sejauh mana syarikat saham yang kita laburkan membuat untung dalam perniagaannya. Perniagaan untung, harga saham naik dan dividen meningkat tahun demi tahun. Atau bagaimana saham-saham yang dipilih oleh pengurus dana unit trust menjana keuntungan. Atau bagaimana hartanah yang kita beli memberi manfaat kepada penyewa atau kita sendiri yang tinggal di dalamnya.

Ini semua adalah economics value yang pelabur sediakan, dan untuk itu adalah adil untuk pelabur menerima keuntungan.

Tetapi apakah peranan sebagai pemain FOREX? Dengan menyertai FOREX, apakah economics value yang dicipta oleh pemain FOREX?

Anda sama ada untung atau rugi dalam FOREX. Jika anda untung, daripada mana datangnya keuntungan ini dan siapa pula yang rugi?

FOREX adalah bersifat zero-sum game. Contoh lain zero-sum game ialah dalam perjudian. Siapa yang menang adalah daripada kekalahan orang lain.

Sebenarnya FOREX adalah platform di mana pemain komersil seperti Bank dan Syarikat Multinasional ‘hedging’ daripada perubahan pertukaran mata wang. Hedging merupakan alat pengurusan risiko untuk mereka. Objektif mereka menyertai FOREX bukan untuk membuat untung, tetapi mengurangkan risiko.

Contohnya, pembekal keretapi laju mengimport keretapi dalam US Dollar tetapi menerima bayaran dalam RM. Jika nilai RM jatuh, maka margin keuntungan akan terjejas. Ataupun TNB yang banyak buat hutang dalam US Dollar akan terjejas jika RM terus jatuh.

Untuk melindungi daripada risiko ini maka pemain komersil ini boleh memilih FOREX sebagai alat pengurusan risiko. Jika mereka jangkakan nilai RM akan jatuh, mereka boleh beli US Dollar RM 4.40 untuk 3 bulan akan datang, di mana bila RM jatuh lagi kepada RM 4.60 mereka akan buat keuntungan daripada FOREX.

Tetapi keuntungan ini hanya akan offset kerugian akibat kejatuhan RM. Bila RM jatuh, tentulah kos import kepala keretapi akan naik dan bayaran hutang TNB akan lebih tinggi.

Mereka juga boleh rugi dalam FOREX. Contohnya RM mengukuh kepada RM 4.20 berbanding US Dollar sedangkan mereka sudah beli US Dollar RM 4.40.

Tetapi kerugian ini akan ditampung dengan keuntungan kerana kos mengimport kepala keretapi dan bayaran hutang TNB lebih rendah.

Jelas sekali, apa sahaja perubahan nilai RM, kedudukan mereka tidak terjejas. Inilah fungsi FOREX kepada mereka sebagai pengurusan risiko. Hedging. Mereka membuat untung daripada perniagaan mereka bukan daripada FOREX.

Untuk itu, pemain komersil memerlukan orang ramai seperti kita untuk memainkan peranan sebagai speculator. Setiap yang beli mesti ada yang jual bukan?

Nah, untuk pemain komersil beli US Dollar RM 4.40, maka mesti ada speculator yang jual US Dollar. Speculator akan buat untung jika RM jatuh dan akan rugi bila RM naik.

Bagi saya, FOREX ini disediakan sebagai platform untuk memenuhi kepentingan pemain komersil. Nilai dagangan anda sebagai speculator runcitan amatlah kecil berbanding pemain komersil memborong. Anda mungkin main puluhan ribu sahaja, tetapi pemain komersil main dengan modal ratusan juta. Ikan bilis makanan kepada ikan besar.

Tidak seperti pemain komersil yang ada real business, speculator seperti berjudi bila masuk ke dalam FOREX.

Jadi memang ada rasionalnya kenapa FOREX difatwakan haram.

Sekian.

Elias Abllah, Personal Finance

0127176903

Kenapa FOREX seumpama berjudi dan bukanlah pelaburan?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *