Menteri Yeo Bee Yin akan hantar balik 450 metric tan sampah plastik kitar yang diimport secara haram dari UK, US dan China. Ini bagus, tetapi bagaimana sampah ini sampai ke Malaysia sebenarnya?

Sehingga tahun 2017 China menjadi negara pengimport terbesar sampah. Ini kerana kos proses sampah seperti mana kos pengeluaran lain adalah rendah di China.

Industri di China memang memerlukan banyak bahan plastik dan kertas kitar semula. Tambahan pula, kapal-kapal dagang biasanya kosong apabila belayar kembali ke China, jadi sampah dari US dan UK boleh dipenuhkan dalam kapal dan hantar ke China dengan lebih murah.

Tapi ini semua berubah setelah kerajaan China pada tahun 2017 mengharamkan semua import sampah kecuali yang sudah siap diproses. Perubahan mendadak ini menyebabkan aliran sampah berlambak di negara asia tenggara seperti Malaysia, Filipina dan Thailand.

Jelas asia tenggara tidak mempunyai kapasiti untuk proses sampah tercemar ini.

Tindakan hantar balik sampah adalah baik tapi tidak menjamin sampah ini tidak kembali mendarat di Malaysia lagi. Saya nak tahu siapa yang import sampah ini pada asalnya. Orang inilah sampah yang sebenarnya.

Elias Abllah

Kenapa Banyak Sampah Recycle Dari Luar di Malaysia?

2 thoughts on “Kenapa Banyak Sampah Recycle Dari Luar di Malaysia?

  • June 20, 2019 at 2:12 am
    Permalink

    Kalau ‘org minyak’ biasa dengar tuan … tapi kalau ‘org sampah’ ni 1st time sy dengar … ha ha ha …

    Reply
    • June 20, 2019 at 12:13 pm
      Permalink

      ya tuan. memang banyak orang yang sampah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *