• Harga minyak untuk tahun 2018 dikemaskini naik daripada julat USD 45-64/bbl kepada USD 49-68/bbl.
  • Method yang digunakan ialah dengan menggunakan nisbah emas kepada minyak. Dengan kata lain, berapa barrel minyak yang boleh dibeli dengan satu ounce emas.
  • Harga emas naik relatif kepada USD disebabkan ketidaktentuan politik US dan perkembangan ekonomi yang lebih baik di rantau asia dan eropah.

Anggaran ini tidak mengambil kira faktor luar jangka seperti unplanned shutdown, perang dan bencana alam. Faktor luar jangka boleh lah dinamakan sebagai risk premium yang akan menambah harga minyak dalam julat USD 5 hingga USD 10 per barrel.

Oleh itu, julat harga minyak dunia akan berada di antara USD 49 hingga USD 68 per barrel. Kalau campur dengan risk premium, ia boleh jadi antara USD 59 hingga USD 78 per barrel

Kenaikan harga minyak ini nampaknya tidak menjejaskan prestasi saham di seluruh dunia, malah semakin menaik. Ini petanda kenaikan ini dipacu oleh permintaan dalam penggunaan yang sudah mula meningkat akibat daripada peningkatan aktiviti ekonomi.

Kereta elektrik makin bertambah bilangannya, namun saya sangsi masyarakat dunia sudah sedia menerimanya. Sebenarnya kereta elektrik bukanlah benda baru. Ia lahir lebih dahulu daripada engin kuasa petrol.

Implikasi Kepada Malaysia

Tentunya ini akan mengurangkan bajet defisit kerajaan. Seolah-olah satu bonus luar jangka kepada kerajaan. Tetapi ia juga akan menambah beban susbsidi minyak setelah harga RON 95 kekal pada RM 2.20 seliter.

Elias Abllah, Personal Finance

Kemas Kini Harga Minyak 2018
Tagged on:     

3 thoughts on “Kemas Kini Harga Minyak 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *