Sebagai ejen Unit Trust di Public Mutual, saya juga membayar cukai. Cukai yang saya bayar adalah cukai pendapatan perniagaan. Saya mendaftar perniagaan saya ini sebagai entiti persendirian atau enterprise. Murah je nak daftar, RM 30 sahaja. Dengan langkah ini saya mendapat banyak kelebihan daripada segi bayar cukai.

Masa saya buat part time unit trust ini, saya ada dua punca pendapatan. Satu daripada gaji dan satu daripada perniagaan unit trust.

Pendapatan daripada makan gaji, saya bayar cukai melalui PCB. Hujung tahun nanti boleh claim yang terlebih bayar.

Punca pendapatan perniagaan  unit trust pula, saya boleh tolak segala perbelanjaan yang berkaitan. Contohnya, makan tengahari dengan client, minyak petrol tol, service kereta, tambang lrt, teksi, alat tulis, bil telepon, bayar upah part time personal assistance malahan, bayar tandas pun boleh ditolak.

Dengan segala perbelanjaan ini, pendapatan yang dikenakan cukai menjadi rendah. Contohnya dengan komisen RM 50 ribu setahun, apabila ditolak dengan perbelanjaan sebanyak RM 35 ribu, maka pendapatan yang dikenakan cukai hanya RM 15 ribu sahaja.

Cukai yang dibayar tidak lebih daripada RM 1000.

Kalau anda makan gaji, anda tidak dibenarkan pelepasan ini semua. Pelepasan cukai yang ada terhad seperti, pelepasan individu, anak-anak, buku dan pelepasan-pelepasan lain seperti yang dibenarkan oleh LHDN.

Sebagai unit trust ejen, saya juga boleh mendapat semua pelepasan seperti orang makan gaji, di samping semua pelepasan berkaitan perbelanjaan perniagaan saya. Best kan?

Untuk mendapat khidmat nasihat bab percukaian ini, saya syor anda dapatkan nasihat daripada ejen cukai yang bertauliah.

Untuk tahu bagaimana nak berjaya jadi ejen unit trust, boleh contact saya. Senang je, daftar kelas dan exam. Kemudian daftar enterprise. Anda sudah boleh mula berniaga dan dapatkan kelebihan percukaian ini. Modal pun rendah je.

Elias Abllah

0127176903

Kelebihan Jadi Ejen Unit Trust Daripada Segi Bayar Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *