Sebagai pelabur anda perlu menilai kelebihan dan kekurangan unit trust. Jumlah pelaburan rakyat Malaysia dalam unit trust melebihi RM 340 billion pada tahun 2015. Namun tidak semestinya semua tahu kelebihan dan kekurangan pelaburan unit trust.

statistik unit trust

7 Kelebihan Pelaburan Unit Trust

#1 Kepelbagaian

Mantra pelaburan yang biasa didengari ‘Don’t put all your eggs in one basket’ atau ‘diversifictaion’ Ini banyak kali diulang-ulang kerana kepentingannya untuk mengurangkan risiko pelaburan.

Dana unit trust dilaburkan ke dalam lebih daripada 50 syarikat senaraian awam. Meliputi pelbagai sektor seperti barangan pengguna, syarikat minyak, kelapa sawit, kesihatan, komunikasi dan sebagainya.

Ada juga unit trust yang melabur di luar negara.

Oleh itu kepelbagaian dicapai merentasi pelbagai sektor ekonomi dan geografi. Untuk pelabur yang mempunyai modal terhad, amat sukar untuk mencapai tahap kepelbagaian seperti ini.

#2 Modal Pelaburan Rendah

Melalui unit trust, dengan modal serendah RM 1000 kita sudah boleh menyertai pasaran saham dengan risiko yang rendah berbanding melabur secara terus di Bursa Malaysia. Setiap pelaburan tambahan pula serendah RM 100. Jadi amat murah dan mudah kalau kita ingin terus melabur setiap bulan.

Dengan unit trust, semua orang mampu melabur.

Kita juga boleh mula melabur dalam pasaran luar negara seperti Singaputa atau US dengan modal serendah RM 1k. Dalam keadaan ringgit yang menjunam, bagus juga kalau ada alternatif melabur ke luar negara dengan mudah, murah risiko terkawal.

#3 Fleksibel

Jika pelabur terdesak duit, tidak perlu menjual keseluruhan pelaburan mereka. Hanya jual jumlah yang perlu sahaja.

Sebagai contoh, Ahmad dan Awang masing-masing ada wang RM 1 juta. Ahmad melabur dalam hartanah dan Awang melabur dalam unit trust dengan jumlah pelaburan masing-masing RM 1 juta.

Selepas setahun pelaburan hartanah dan unit trust naik 10%.

Jika Ahmad ingin mendapat wang tunai daripada keuntungan dalam pelaburan hartanah, dia terpaksa jual rumah. Manakala Awang hanya perlu keluarkan berapa jumlah yang diperlukan sahaja daripada unit yang ada dan bakinya terus dilaburkan.

Inilah yang saya maksudkan fleksibel dalam pelaburan unit trust. Begitu juga jika ingin menambah pelaburan. Tentunya dengan RM 100 lebih mudah buat pelaburan unit trust daripada pelaburan hartanah

Tokoh pengurus dana tersohor Peter Lynch mengatakan unit trust satu inovasi pelaburan yang hebat untuk pekerja biasa yang macam kita. Kita tidak mempunyai masa, kepakaran dan modal yang besar untuk menjadi pelabur sepenuh masa.

#4 Tahap kecairan pelaburan yang tinggi

Apa maksud kecairan di sini atau liquidity dalam Bahasa Inggeris?

Secara mudahnya kecairan bermaksud berapa mudah kita mendapat wang tunai daripada pelaburan kita tanpa dikenakan yuran atau caj kerana buat pengeluaran sebelum matang.

Dengan pelaburan unit trust, anda boleh keluarkan pelaburan anda bila-bila masa sahaja tanpa ada penalti mengikut harga semasa.

Unit trust mempunyai kecairan yang tinggi. Manakala tahap kecairan hartanah adalah rendah kerana mencari pembeli dengan harga yang kita inginkan memakan masa. Kalau ingin dapatkan duit tunai cepat, terpaksa beri diskaun tinggi dan jual rumah di bawah harga pasaran.

#5 Pengurusan Profesional

Unit trust diuruskan oleh profesional dan berpengalaman dalam dunia pelaburan. Mereka mempunyai kemahiran, analytical tools dan kajian untuk mengamati pelaburan kita.

Syarikat unit trust pula dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memastikan industri unit amanah mempunyai tahap piawai yang tinggi.

Ada juga yang mencadangkan pelabur melabur secara terus ke dalam pasaran saham. Setelah mengikuti kursus dan sedikit pembacaan, ramai yang tidak sabra untuk terjun ke dalam pelaburan saham.

Kajian mendapati pelabur-pelabur kecil ini overconfidence dengan skill dan pengetahuan pelaburan masing-masing. Mereka suka buat sendiri atau D.I.Y (Do It Yourself)

D.I.Y dalam pelaburan tidak sama dengan D.I.Y pasang kabinet dapur.

Akhirnya ramai yang bertukar melabur untuk tempoh masa panjang dalam pasaran saham setelah mengalami kerugian, padahal mulanya ingin buat untung cepat. Apa guna melabur dalam saham kalau hasil lambat?

‘Long term investment is a short term investment failure’

#6 Untung atas Keuntungan atau Compounding

Compounding, is the ability of an asset to generate earnings, which are then reinvested in order to generate their own earnings (sumber: Investopedia)

Modal pelaburan boleh datang daripada titik peluh kita. Modal pelaburan juga boleh datang daripada keuntungan pelaburan itu sendiri. Contohnya tahun pertama modal pelaburan kita ialah RM 10,000. Setelah setahun pelaburan kita mencatatkan keuntungan sebanyak RM 1,000. Pulangan sebanyak 10%

Kita boleh pilih untuk makan keuntungan ini atau dilaburkan semula. Jika kita laburkan semula maka ianya menjadi modal untuk menjana keuntungan lagi.

Untung atas untung dan duit boleh berkembang biak sendiri.

Cuba congak berapa jumlah keuntungan jika keuntungan terus menerus dilaburkan dengan kadar pulangan 10% setahun selama 40 tahun. Berapa jawapannya?

Kalkulator saya memberi jawapan RM 452,593!

Untuk meletakkan angka ini ke dalam perspektif, berapakah agaknya di kalangan kita pada umur 40 tahun mempunyai RM 452,593.

Ini adalah ajaib. Duit akan berganda bukan dengan pendaraban. Pelaburan bermodalkan titik peluh berganda dengan penambahan.

Setiap pelaburan tidak boleh lari daripada kos dan cukai. Pelaburan hartanah memerlukan modal yang besar dan pelbagai kos lain. Pelaburan saham juga ada caj broker dan duty stamp yang perlu dibayar.

Ini adalah ajaib. Kerana RM30,000 pun belum tentu ramai yang ada.

#7 Kos Efektif

Cas-cas dalam pelaburan unit trust adalah caj jualan dan caj pengurusan. Caj jualan antara 5-6% dan caj pengurusan ialah 1.5% setahun. Jika anda melabur RM 1000, maka caj jualan ialah RM 47.62. Bermakna hanya RM 952.38 yang akan dilaburkan.

Kos pelaburan saham adalah 0.6% setiap kali transaksi sama ada jal atau beli. Jika dibandingkan dengan kos membeli saham secara terus di Bursa Malaysia, maka unit trust akan kelihatan lebih mahal.

Jika anda beli dan simpan saham ini seumur hidup, maka kos pelaburan anda sangat rendah. Tetapi biasanya pelabur-pelabur saham kebanyakannya terlalu aktif membeli dan menjual. Kadang-kadang beli pagi, petangnya terus jual bila untung.

Apabila banyak transaksi dilakukan, kos akan meningkat. Contohnya jika terdapat 5 kali setahun jual dan beli, kos transaksi ialah 0.6%x 5x 2 = 6%.

Sekiranya ini dilakukan selama bertahun-tahun, tanpa disedari modal pelaburan terhakis oleh caj-caj ini.

Dengan pelaburan unit trust, anda tidak perlu terlalu kerap menjual dan membeli. Anda boleh gunakan ‘switching facilities’ untuk keluar dan masuk ke dalam unit amanah tanpa caj tambahan.

Sekiranya anda melabur untuk 20 tahun, kos caj jualan 6% jika dibahagikan dengan 20 tahun akan menjadi 0.3% setahun sahaja. Lagi lama anda melabur lagi kos efektif pelaburan anda.

kelebihan dan kekurangan unit trust

Kekurangan Pelaburan Unit Trust

Sebelum anda memutuskan untuk mula melabur ke dalam unit trust, anda juga perlu tahu apakah kekurangannya.

#1 Tiada Jaminan Keuntungan

Pertama, tidak ada jaminan keuntungan dalam pelaburan unit trust. Malahan anda juga boleh rugi.

Carta daripada MorningStar di atas menunjukkan 21 dana Islamik yang terbaik sahaja. Tidak semua unit trust memberi pulangan yang melebihi pulangan tabung haji atau KWSP.

Contohnya, terdapat 69 daripada 119 balanced fund yang comparable dengan KWSP atau Tabung Haji mencatatkan pulangan di bawah 5% setahun untuk pulangan 10 tahun.

Maka amat penting kita teliti dengan syarikat unit trust yang mana hendak kita serahkan wang kita untuk di laburkan.

Dalam satu perspektif berbeza pula, jika anda ditawarkan pulangan pelaburan sebanyak 10% sebulan, cepat-cepatlah anda melarikan diri daripadanya. Pulangan 10% sebulan bermakna 120% setahun.

Tidak ada unit trust dalam dunia ini yang boleh beri pulangan sebanyak itu. Malah Warren Buffet hanya mampu mencatatkan 23% setahun.

#2 Anda Tiada Kuasa Menentukan Keputusan Pelaburan

Anda tiada kawalan dengan apa yang pengurus dana ingin lakukan terhadap duit anda. Anda tidak boleh sesuka hati telefon untuk mengarahkan pengurus dana membeli atau menjual saham-saham mengikut kemahuan anda.

Jika anda mempunyai modal RM 2 juta, anda tidak perlukan unit trust. Anda boleh customised pelaburan anda mengikut kesesuaian anda. Ini dengan andaian anda mahir dalam selok belok dunia pelaburan saham dan mempunyai masa dan disiplin.

Jika tidak ada masa, disiplin dan kemahiran, maka adalah lebih baik melabur dalam unit trust walaupun anda mempunyai wang besar.

Unit trust direka untuk orang ramai turut melabur walaupun modal kecil. Hanya serendah RM 1000 untuk mula melabur dalam unit amanah dan serendah RM 100 untuk pelaburan tambahan berikutnya.

#3 Keuntungan Yang Cepat

Saya pernah lihat pelabur saya untung lebih 30% dalam masa kurang 6 bulan. Saya juga pernah alami kerugian 10% dalam masa setahun melabur. Sifat unit trust yang menjejaki turun naik pasaran saham dunia menyebabkan risiko pelaburan tempoh pendek menjadi tinggi.

Namun jika kita panjangkan tempoh masa pelaburan lebih 5 tahun, risiko kerugian menjadi lebih rendah.

Oleh itu jika anda mengharapkan keuntungan dengan cepat, unit trust bukan untuk anda.

Elias Abllah, Personal Finance

Kelebihan dan Kekurangan Unit Trust
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *