Baru-baru ini Tan Sri Wahid Omar, Pengerusi PNB menyatakan untuk mengurangkan pegangan tunai dalam portfolio pelaburan PNB daripada 20% kepada 15% walaupun mengalami kesukaran untuk mencari saham yang boleh memberi pulangan yang menarik.

Jumlah pelaburan yang diuruskan sebanyak RM 265 billion (berbanding Public Mutual RM 76 billion), bermakna sebanyak RM 52 billion dalam cash. Dengan kata lain, setiap RM 1 yang anda labur dalam ASB umpamanya, 20 sen kekal dalam bentuk tunai. Dan tunai yang disimpan dalam Fix Deposit hanya akan beri pulangan 2-3% setahun.

Dengan tunai sebanyak itu tentulah sukar bagi Wahid untuk mencari saham untuk dilaburkan.

Sebagai contoh, saham Vitrox Corporation Berhad telah naik sebanyak 130% dalam masa setahun, ini antara saham yang saya follow sejak 3 tahun lalu dan pulangannya, masyaAllah fantastic!

Begitupun, Vitrox terlalu kecil untuk menerima semua pelaburan PNB. Ini kerana jumlah nilai saham hanyalah RM 2 billion sahaja berbanding tunai RM 52 billion PNB.

Tambahan pula, tentulah agak mustahil untuk PNB untuk memiliki 100% Vitrox yang comel molek ini.

Pilihan lain ialah dengan mencari peluang pelaburan di luar negara. Namun mengikut Wahid, pilihan ini agak sukar dalam keadaan ringgit yang masih lemah.

Oleh itu, untuk gergasi pelaburan seperti PNB ini, pegangan tunai yang banyak akan mencairkan (dilute) pulangan daripada pelaburan sahamnya. Dan saiz yang besar menyebabkan ia sukar untuk menawarkan pulangan lebih daripada pulangan pasaran.

Itulah sebabnya juga kenapa pulangan unit trust tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi seperti sebelumnya. Contohnya, jika sesuatu unit trust beri pulangan sebanyak 20% tahun lepas, maka akan menarik perhatian pelabur untuk melabur dengannya. Tetapi dengan setiap tunai tambahan, pengurus dana akan mengalami situasi yang sama dengan Wahid.

Ini seterusnya akan mencairkan (dilute) lagi pulangan pelaburan akan datang. Itulah sebabnya banyak kali saya cakap, jangan invest ikut mana fund yang perform tahun lepas, tapi ikut strategic asset allocation.

Umpamanya misi membeli 100 karipap yang sedap tidak sukar berbanding membeli 10 ribu karipap yang sedap. Isteri atau anak orang yang pandai buat karipap sedap tak ramai. Yang banyaknya karipap lebih oksigen.

Jadi kalau dah beli 100 karipap yang paling sedap, lagi 100 karipap terpaksalah kena beli daripada karipap yang kedua paling sedap. Dan lagi 100 dan lagi 100 seterusnya, kesedapan karipap makin kurang dan kurang.

Jadi bila banyak-banyak karipap, karipapnya hanya biasa-biasa sahaja. Thus, karipap averaging

Sekian,

Elias Abllah, pengemar karipap

Karipap Averaging
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *