Malay Mail melaporkan kerajaan melalui Khazanah Nasional akan mengambil alih semua lebuh raya dengan menerbitkan bon untuk membayar kepada semua konsesi lebuh raya dengan nilaian RM 43 billion.

Lebuh raya tanpa tol akhirnya akan direalisasikan.

Namum dalam aspek lain, apakah opportunity cost dengan perbelanjaan ini, pertamanya? Dan kedua, siapa pula yang sebenarnya membayar harga RM 43 billion ini?

Pilihan lain yang lebih mendesak ialah pembinaan lebuh raya dan jambatan di sebelah pantai timur, negeri-negeri dengan kepadatan orang Melayu terbesar.

Bermakna RM 43 billion ialah opportunity cost pembangunan di pantai timur. Atau dengan kata lain, RM 43 billion ‘dibayar’ oleh orang pantai timur.

Tak Guna Lebuh Raya Tapi Kena Bayar

RM 43 billion ini akan menjadi hutang kepada negara. Siapa yang akan tolong bayarkan hutang ini? Kerajaan tidak ada sumber pendapatan kecuali daripada sumber cukai.

Dengan pemansuhan GST, kerajaan sudah hilang sumber cukai yang besar. Cukai-cukai lain yang diperkenalkan tidak setanding dengan jumlah yang dibawa oleh GST. Lagipun, mengenakan cukai yang lebih tinggi adalah pilihan yang tidak popular.

Jika kerajaan gagal cari cukai baru, maka hutang kerajaan akan makin bertambah. Angka 1 trillion hutang bukanlah jauh lagi. Malah 1 trillion seterusnya akan lebih cepat sampai daripada 1 trillion yang pertama.

Hutang yang tinggi ini akhirnya akan menyebabkan inflasi lebih tinggi dan ringgit lebih rendah berbanding dengan mata wang asing.

Tidak seperti bayar tol, inflasi dan kejatuhan ringgit akan memberikan kesan kepada semua rakyat sama ada di pantai timur, pantai barat, Sabah dan Sarawak.

Di Kelantan dan Terengganu sayur dan buah akan lebih mahal kerana kebanyakannya diimport daripada Thailand. Ayah saya di Kelantan terpaksa bayar lebih mahal disebabkan perbelanjaan mengambil lebuh raya yang tak ada di Kelantan pun.

Lebuh Raya KL Kota Bharu

Ambil alih lebuhraya tanpa tol akan merancakkan lagi pembangunan di pantai barat sambil pantai timur akan terus tertinggal. Ini adalah bukan perkara yang baik apabila jurang kekayaan negeri pantai timur dan pantai barat akan menjadi lebih tinggi.

Cadangan saya, separuh daripada RM 43 billion itu lebih baik disempurnakan lebuh raya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan rel berkembar keretapi. Dan ianya sepatutnya tanpa tol, tak kisahlah sayur lebih mahal asalkan ada lebuh raya.

Tidak lah balik beraya 18 jam perjalanan.

Separuh lagi bagi kat Sabah dan Sarawak. Setuju?

Elias Abllah

20/08/2019

Kami Nak Lebuh Raya Percuma. Siapa yang bayarkan?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *