Berapa jam anda drive balik Kelantan raya tahun lepas? Tentunya kurang selesa bagi anak-anak kalau 12 jam baru nak sampai Gua Musang. JPJ menganggarkan 3 juta kereta akan memasuki Kelantan raya tahun ini.

Atas dunia, tempat yang paling teruk jam bila ada cuti perayaan, ialah Beijing. Dalam bandar Beijing dianggarkan ada 21 juta manusia, umpama seluruh rakyat semenanjung berkumpul di KL. Bayangkan kalau semua balik beraya serentak.

china-traffic-jam

Maka untuk Olympic Beijing 2008, kerajaan China melaksanakan Odd-even license plate policy.

Di mana, bagi nombor plate kereta berakhir dengan angka ganjil hanya boleh berada di atas jalan raya untuk hari tertentu sahaja dan berselang seli dengan nombor plate genap. Kalau tak ikut peraturan ini, polis akan saman.

Dan hasilnya amat baik. Bukan sahaja jalan raya kurang sesak, kualiti udara juga bertambah baik.

Untuk itu, sempena saya dan rakan-rakan balik beraya di Kelantan tahun ini, kita juga boleh ikut cara yang sama.

Contohnya, nombor plate kereta saya berakhir dengan nombor 5, maka balik pada 25, 27 atau 29 Ramadhan. Kalau plate kereta tuan akhir nombor genap maka disarankan balik pada 26, 28 atau 30 Ramadhan.

Saya percaya kalau kita semua orang Kelantan atau yang pasangannya orang Kelantan sepakat, masing-masing boleh balik tanpa jam.

Sebarkan, sekian,

kelik la weiiii…

Elias Abllah

Kalau Tak Nak Jam Balik Kelantan, Follow Cara Ini.

2 thoughts on “Kalau Tak Nak Jam Balik Kelantan, Follow Cara Ini.

  • July 4, 2016 at 1:00 am
    Permalink

    Kesian pulak kat orang yang nombor plate berakhir dengan huruf.

    Reply
    • July 4, 2016 at 4:59 am
      Permalink

      Haha.. yang berakhir dengan huruf duk kl jangan balik. Kesian

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *