PERCEPTION IS STRONG AND SIGHT WEAK

Yang dekat kini, harga minyak rendah dan ahli politik yang kelakar dan kelakarkan rakyat.

Yang jauh kemudiannya, ekonomi kita tidak bergantung kepada hasil minyak dan sumber alam. Rakyat kita berkemahiran tinggi seperti rakyat Korea dan Jepun.

Ahli politik hari ini akhirnya akan lupus atau mati bila ajalnya. Akan ada yang bangkit memimpin mengembalikan maruah dan harga diri bangsa.

Ramalan Ekonomi Dunia 2016

Ekonomi dunia akan terus berkembang seiring dengan pertumbuhan penduduk. Contohnya, jika pertambahan manusia di Malaysia sebanyak 5% setahun, maka ekonomi akan berkembang paling kurang pada 5%.

Negara seperti Jepun mengalami kemelesetan ekonomi bukanlah mereka kurang cerdik atau malas berbanding dulu, tetapi kerana lebih ramai generasi tua daripada muda.

populasi rakyat jepun

Kadar kelahiran bayi menurun mendadak.

Setiap bayi yang lahir ke dunia Allah telah tetapkan rezekinya. Bila matinya manusia maka terputuslah rezekinya.

Dekat dengan Malaysia kita boleh lihat bandar-bandar peninggalan bijih timah sekitar Perak. Dalam kes ini ekonomi setempat jatuh kerana populasi semakin kecil di bandar-bandar ini setelah kejatuhan harga bijih timah dan tiada industri lain yang boleh ganti.

Kuala Lumpur terselamat kerana Malaya pada tahun 1957 memutuskan Kuala Lumpur sebagai ibu negaranya.

Pada masa itu, Ipoh jauh lebih moden daripada Kuala Lumpur.

Oleh sebab Kuala Lumpur menjadi pusat ekonomi dan pentadbiran yang baru, maka warga KL meningkat dengan mendadak.

Itulah sebabnya kenapa harga rumah di Kuala Lumpur naik lebih cepat berbanding harga rumah di pekan Tronoh.

Asasnya ekonomi ialah manusia. Lebih banyak manusia lebih banyak aktiviti ekonominya. Lebih banyak masalah yang timbul dan akan ada cara manusia selesaikannya. Setiap masalah membuka lebih banyak peluang perniagaan.

Itulah antara sebabnya kenapa German mengalu-alukan kedatangan pelarian Syria ke negaranya. Kerana pemimpin German tahu akan nilai sumber manusia yang boleh mereka bangun kan.

Tetapi di Malaysia rakyatnya masih aktif melahirkan bayi, justeru itu tidak perlu bawa masuk warga Bangladesh pula dengan alasan yang sama seperti German.

Harga Rumah Turun?

Harga rumah akan naik sejajar dengan peningkatan populasi. Mana boleh harga rumah turun sedangkan manusia di Malaysia ini kian bertambah.

Oleh itu kalau kita lihat harga rumah dengan pandangan jauh, maka mustahil harga rumah akan jatuh.

Wassalam

Kaitan antara Kadar Kelahiran dan Harga Rumah
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *