Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin berkata, “Sememangnya akan terdapat perbezaan pulangan Simpanan Shariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek, walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak akan jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama”

Ini merujuk kepada alokasi aset yang sama, iaitu hanya 50% dalam pasaran saham. Selebihnya dalam bentuk sekuriti kerajaan, bon, hartanah dan sebahagian kecil instrumen pasaran wang.

Simpanan Shariah tidak banyak pilihan dalam sektor bank, di mana sebahagian besar pelaburan konvensional terlibat dalam bank yang tidak patuh shariah.

Dalam keadaan ekonomi baik, sektor bank membawa keuntungan yang melebihi sektor lain. Dalam keaadan ekonomi merosot, sektor bank yang paling terjejas.

Oleh itu, ada masa Simpanan Shariah akan rendah sedikit daripada Simpanan Konvensional. Ada masa Simpanan Shariah akan lebih baik. Dalam jangka masa panjang, pulangannya tidak akan berbeza banyak seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Shamsudin.

InsyaAllah masa akan membuktikannya.

Pembersihan Simpanan Konvensional

Untuk simpanan dan dividen sebelum adanya Simpanan Shariah dan kemudiannya ditukar kepada Simpanan Shariah, tidak perlu pembersihan.

Pembersihan di sini bermaksud, hendaklah diasingkan keuntungan yang di jana daripada aset bukan shariah.

Tetapi, selepas adanya Simpanan Shariah, dan masih kekal dalam Simpanan Konvensional, maka dividen yang diperolehi hendaklah diasingkan.

Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam Facebooknya, menyatakan kalian WAJIB membuat pembersihan.

Dalam kenyataan KWSP,  hanya 38% dividen Simpanan Konvensional dijana daripada aset patuh shariah. Ini bermakna selepas pembersihan, dividen bersih untuk seorang muslim yang belum memilih Simpanan Shariah ialah

6.9% x 38% = 2.62%

Lebih baik berhijrah kepada Simpanan Shariah dengan dividen bersih 6.4%. Berita baiknya, ahli yang ingin menukar ke Simpanan Shariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Disember 2018.

Klik Sini Untuk Pautan Laman Web Simpanan Shariah KWSP.

Sila share jika bermanfaat.

Wassalam.

Elias Abllah

Jom Pilih Simpanan Shariah KWSP dan Ini Sebabnya
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *