Minggu lepas 8hb, sempat juga saya duduk dalam Investment Talk yang disampaikan oleh pengurus-pengurus dana, khas unit trust consultant.

Dapatlah saya catat serba sedikit mengenai prestasi unit trust tahun lepas dan juga ‘outlook’ untuk tahun 2017.

Dua tahun yang lepas pulangan pelabur agak kurang memberansangkan terutamanya dana tempatan. Tiga faktor utama yang menghantui ekonomi Malaysia pada 2015 dan 2016 ialah

  1. Kejatuhan harga minyak mentah dunia
  2. Pengenalan GST
  3. Persepsi pelabur luar akan kes 1MDB

Namun dana luar negara menunjukkan prestasi yang agak cemerlang dengan purata lebih 15% pada tahun 2016. Antara faktor yang menjadi penyumbang utama ialah pertumbuhan dalam sektor elektronik dan elektrik. Asia utara seperti Shanghai, Hong Kong dan Taiwan adalah pemain utama dalam sektor ini.

Dan dana luar negara banyak melabur dalam sektor ini. Berbeza dengan dana tempatan yang banyak melabur dalam telcos dan utilities.

Tahun 2017 saya dapat rasakan dana luar negara akan menjadi pilihan utama pelabur dan juga agent unit trust. Mungkin ini didorong oleh prestasi yang baik pada tahun 2016.

Namun pendekatan saya dalam mencadang dana luar negara lebih kepada pengurusan risiko, di mana dengan pelaburan luar negara sebagai satu lagkah untuk melindungi anda daripada risiko spesifik ekonomi dan politik Malaysia. Ini tentunya datang dengan tambahan risiko pelaburan.

Kalau dulu hanya pelabur tunai sahaja boleh melabur dalam dana luar negara, kini terdapat beberapa dana yang mendapat kelulusan KWSP untuk skim pelaburan ahlinya.

Tentunya ini memberi peluang untuk pelabur skim tersebut mempelbagai jenis dana dalam mencapai objektif persaraan mereka dan bukan memindahkan semua pelaburan anda ke dalam dana luar negara.

Di S.A Agency kami mencadangkan model portfolio di mana tidak lebih 30% daripada portfolio pelaburan diperuntukan dalam dana luar negara. Dana-dana yang dicadangkan adalah hasil daripada screening dan ranking criteria yang bertujuan untuk mencapai pulangan pada tahap risiko the lowest possible.

Model ini belum sempurna tetapi setidaknya kami ada 'framework' dan pendekatan sistematik dalam pemilihan dana. Saya rasa ianya lebih baik daripada mempromosi dana hanya berdasarkan prestasi lepas.

Cabaran Tahun 2017

Secara amnya, 2017 menjanjikan tahun yang lebih baik untuk pelabur unit trust. Namun beberapa faktor yang perlu diambil perhatian. Atau lebih specific anda kena perhatikan tiga individu utama yang akan mencorak ekonomi dunia dan tempatan

  1. Jenet Yellen
  2. Donald Trump
  3. Mohd Najib

Dalam artikel ini saya hanya akan sentuh mengenai Janet Yellen sahaja. Daripada 3 orang di atas dia yang paling memberi kesan kepada ekonomi dunia. Untuk Donald Trump dan Mohd Najib, saya fikir anda arab maklum sahajalah.

Jenet Yellen ialah US Federal Reserve Chairman yang menggantikan Ben Bernanke. Pada 15 March, dalam dua hari akan datang, beliau akan umumkan sama ada US interest rate akan naik atau tidak. Reaksi daripada pasaran meletakan kebarangkalian interest akan naik sebanyak 70%.

Jika interest rate naik, US Dollar akan mengukuh dan harga komoditi termasuk minyak, emas dan sawit akan turut jatuh. Matawang serantau termasuk Ringgit juga tidak akan terkecuali. Dalam pada untuk mempertahankan nilai Ringgit, Bank Negara mungkin menaikkan lagi OPR di mana memberi kesan negatif kepada pasaran hartanah dan domestic demand Malaysia.

Namun tidak semestinya ini tidak bagus. Ini kerana, jika Jenet Yellen menaikkan interest rate, bermakna beliau yakin dengan pemulihan ekonomi US. Data yang diambil kira dalam menetapkan interest ialah kadar penganguran dan inflasi.

Pemulihan ekonomi US tentulah baik untuk Malaysia kerana US merupakan rakan dagang terbesar Malaysia.

Kesimpulan

Tiada siapa yang tahu dana apa yang akan beri pulangan yang lebih baik. Mungkin juga dana luar negara akan mengekalkan prestasi dan mungkin juga dana dalam negara lebih baik tahun ini.

Yang penting bagaimanakah anda memposisikan portfolio pelaburan anda supaya ‘robust’ dan mampu buat untung pada risiko yang lebih rendah. Ringkasnya, pelaburan anda tidak mengganggu tidur anda.

Dan yang lebih penting anda sebagai pelabur saya, tidak ganggu saya tidur.

Sekian, wassalam.

Elias Abllah, Personal Finance.

Jangan Melabur Unit Trust Jika Anda Belum Baca Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *