Image courtesy of cooldesign at FreeDigitalPhotos.net
Image courtesy of cooldesign at FreeDigitalPhotos.net

Harga minyak didagangkan dalam matawang US Dollar. Begitu juga harga emas. US dollar menjadi tanda aras untuk mengukur nilai satu tong minyak, satu ounce emas dan juga pelbagai komoditi lain.

Tetapi, US dollar boleh berubah nilainya, relatif dengan matawang dunia lain. Oleh itu menggunakan US dollar untuk memberi nilai kepada minyak dan emas boleh jadi tidak tepat.

Maksudnya, kita perlukan kayu ukur yang tetap atau malar atau constant untuk menilai minyak dan emas untuk tahun yang berbeza-beza.

Jika kita menggunakan US Dollar kita perlu mengambil kira faktor inflasi atau nilai Dollar itu sendiri yang semakin rendah.

Contohnya, harga minyak USD 50/tong pada tahun 1985 bersamaan dengan USD 100/tong pada tahun 2010.

Untuk mengatasi masalah ini dengan mudah ialah dengan mengunakan nisbah harga minyak dan harga emas, so that  denominator US Dollar akan ‘cancel off’

Contoh:

harga minyak untuk satu ounce harga emas

Berapa tong minyak boleh dibeli dengan satu ounce emas?

Kajian oleh World Gold Council pada tahun 2015 membuktikan emas adalah penanda inflasi yang lebih baik daripada dollar. Oleh itu dengan menilai berapa tong minyak yang kita boleh beli dengan satu ounce emas, kita boleh anggarkan sama ada harga minyak pada hari ini terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Ini membawa saya kepada carta berikut, yang menunjukkan berapa tong minyak boleh dibeli dengan satu ounce emas, atau mudahnya nisbah minyak kepada emas daripada tahun 1985 hingga 2015.

Gold to oil Ratio

Jika nisbah tinggi, bermakna harga minyak murah dan jika nisbah rendah menunjukkan harga minyak mahal.

Contohnya pada tahun awal tahun 1985, nisbahnya ialah 11.89 bbl/ounce. Kemudianya bila harga minyak jatuh, nisbahnya meningkat kapada 25bbl/ounce.

Purata nisbah untuk 30 tahun ialah 16bbl/ounce.

Harga minyak terlalu murah pada hari ini!

Mari kita periksa berapakah nisbah ini pada 7 Januari 2016.

nisbah hargab minyak kepada harga emas

Harga emas, $1097.17/ounce dan harga minyak WTI $32.64/bbl, oleh itu nisbahnya ialah 33bbl/ounce.

Bermakna, harga minyak terlalu murah jika dibandingkan dengan harga puratanya dalam ukuran emas.

Dengan kata lain, harga minyak sepatutnya pada $64/bbl.

Kelemahan menggunakan nisbah purata

Nisbah purata walaubagaimanapun tidak memberi nilai praktikal dalam mengunjur harga minyak pada masa depan.

Saya mencadangan kita mengunakan corak gelombang (wave patern) dengan beranggap corak atau pattern nisbah ini boleh berulang kembali.

Ini adalah bagaimana alam berfungsi. Ada corak dan gelombangnya.

Contohnya, purata hujan di Malaysia ialah 2400mm setahun. Tetapi kita sedia maklum akan corak hujan di Malaysia di mana hujan kebanyakannya turun pada hujung dan awal tahun. Dan ada ketikanya tiada hujan langsung.

Manusia juga ada corak dan gelombangnya sendiri. Daripada bayi, budak, remaja, dewasa, tua dan mati. Lelaki dan wanita ada gelombangnya yang tersendiri. Namun, gabungan gelombang ini cukup harmonis dan nampak bijak sungguh Tuhan yang mentadbir semua ini

Oleh sebab emas dan minyak juga berkisar kepada alam dan manusia maka sudah tentu sifatnya boleh dilihat dalam bentuk gelombang atau corak yang tertentu.  Cuma kita yang belum cukup bijak untuk mengenalinya.

Gelombang Minyak

Dalam artikel saya pada bulan Ogos 2015, menunjukkan persamaan kejatuhan harga minyak pada tahun 2015 dengan tahun 1985.

Pada carta diatas, perhatikan kepada tanda soal pada tahun 2015. Bolehkah anda padankan dengan corak yang sebelumnya?

Ya, saya dapati gelombangnya sepadan dengan gelombang pada tahun 1985.

Dalam carta di bawah saya padankan gelombang pada tahun 1985 kepada 2015.Gold to oil Ratio Forecast

Mengikut gelombang ini, nisbah minyak kepada emas untuk tahun 2016 ialah 20bbl/ounce.

Bermakna jika harga emas pada USD 1100/ounce, harga minyak sepatutnya berada secara purata pada USD 55/bbl pada tahun ini.

p/s: please share this

Harga Minyak Sepatutnya Lebih Tinggi Kerana Harga Emas….
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *