Tidak jelas sama ada Bajet 2018 mengambil kira unjuran harga minyak mentah dunia tahun 2018 atau tidak. Mungkin setelah adanya GST dan tiadanya subsidi minyak maka kerajaan kurang sensitif dengan harga minyak.

Oleh itu artikel pendek ini, saya mengajak kita untuk merisik angaran harga minyak bagi tahun 2017. Cara yang saya guna ialah dengan mengunakan nisbah antara minyak dan emas.

Cara ini mudah, namun tiada analisis yang komplek yang menjamin ketepatan 100%. Maka gunakannya sekadarnya.

Kenapa Emas Lebih Tepat Untuk Tetapkan Nilai

Umumnya, harga minyak didagangkan dalam matawang US Dollar. Begitu juga harga emas. US dollar menjadi tanda aras untuk mengukur nilai satu tong minyak, satu ounce emas dan juga pelbagai komoditi lain.

Tetapi, US dollar boleh berubah nilainya, relatif dengan matawang dunia lain. Oleh itu menggunakan US dollar untuk memberi nilai kepada minyak dan emas boleh jadi tidak tepat.

Lagipun, jumlah dollar di pasaran dikawal oleh Federal Reserve. Tidak seperti emas yang tiada siapa yang mengawal jumlah emas di pasaran.

Emas juga tidak terkesan dengan penemuan terbaru lombong emas, sebab emas yang ribu tahun dulu pun masih wujud hingga hari ini. Tidak seperti minyak yang terkesan dengan pengeluaran shale oil atau dikawal bekalannya oleh OPEC.

Barrel per Ounce of Gold

Caranya ialah bahagikan harga emas dengan harga minyak, kita akan dapat berapa barrel minyak yang boleh dibeli dengan satu ounce emas. Matematiknya, ini akan cancel out dollar as a denominator.

Menggunakan data daripada Macrotrends, saya melihat kesamaan nisbah emas kepada minyak antara trend 1985 dengan 2015 dimana, harga minyak mula menjunam.

Jika nisbah tinggi, bermakna harga minyak murah dan jika nisbah rendah menunjukkan harga minyak mahal.Contohnya pada tahun awal tahun 1985, nisbahnya ialah 11.89 bbl/ounce. Kemudianya bila harga minyak jatuh, nisbahnya meningkat kapada 25bbl/ounce.

Nisbah antara Januari 1988 hinga Desember 1988 ialah antara 28.04bbl/ounce dan 19.89bbl/ounce. Oleh itu dengan mengambil kira harga emas pada USD 1274/ounce, harga minyak mentah WTI akan bergerak antara USD 45 hingga USD 52/barrel untuk tahun 2018.

Ini hanya ramalan dan tiada jaminan ketepatannya

 

Elias Abllah, Personal Finance.

Harga Minyak Mentah 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *