Pada hujung Jun 2017, harga minyak WTI mencatatkan harga USD 46/bbl dan bulan Disember ini mencecah USD 57/bbl untuk pertama kalinya sejak tahun 2015.

Muhammad Bin Salman dan Trump telah menimbulkan ketidaktentuan di timur tengah yang juga menyumbang kepada kenaikan harga minyak dunia mutakhir ini.

Terbaru, didapati ada kebocoran pada saluran paip utama lapangan minyak Forties dan terpaksa ditutup untuk penyelengaraan.  Forties antara lapangan minyak utama North Sea dan juga menjadi komponen dalam Brent Oil Marker Crude.

October lalu ada saya buat analisis ringkas mengenai harga minyak mentah tahun 2018. Saya jangkakan harga minyak US WTI akan berada dalam julat USD 45 hingga USD 52 setong. Ini harga normal.

Anggaran ini tidak mengambil kira faktor luar jangka seperti unplanned shutdown, perang dan bencana alam. Faktor luar jangka boleh lah dinamakan sebagai risk premium yang akan menambah harga minyak dalam julat USD 5 hingga USD 10 setong.

Oleh itu kita buat dua senario. Satu senario rendah dengan julat harga minyak USD 50 – 57 dan senario tinggi dengan dengan julat harga minyak USD 55 – 62.

Saya dapati pasaran minyak hari ni tidak terlalu sensitif dengan tindakan OPEC seperti dahulu. OPEC pernah menguasai lebih 50% pengeluaran minyak dunia. Kini hanya sekitar 30% sahaja.

Jika OPEC potong bekalan minyak harga minyak akan naik seterusnya akan menyebabkan US shale oil menambahkan pengeluaran minyaknya. Iraq post US sanction dan Iraq post-ISIS pula masih di bawah kuota pengeluarannya.

Atau OPEC melambakkan pasaran dengan minyak murahnya seperti tahun 2014 dan 2015 kononnya nak mufliskan pengeluar minyak US shale oil, maka ini hanya menambah kudis ekonominya sendiri yang banyak bergantung kepada pengeluaran minyak.

Maka OPEC sudah jadi harimau tua tanpa taring.

Dulu apabila negara Arab dapat tahu US membekalkan senjata kepada Israel dalam perang Arab-Israel, OPEC membuat keputusan memberhentikan bekalan minyak ke US. Akibatnya, ekonomi US hampir lumpuh separuh badan.

Kini, apabila Trump mengumumkan Jerusalem sebagai ibu negara israel yang baru, tidak ada apa yang boleh OPEC suarakan.

Mungkin yang utama buat Arab Saudi sebagai de facto leader dalam OPEC ialah, berapakah nilai IPO Saudi Aramco dan nak listed di US atau UK?

Melayu yang bukan OPEC dan bukan arab pula, rancak berdebat, perlu atau tidak boikot McD dan Starbuck. Berdebat dalam Facebook yang Mark Zuckerberg pun yahudi.

Dunia dan Malaysia 2018: OPEC dan Israel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *