Tahniah Amerika dapat Presiden baru, Donald Trump.

Reaksi kejatuhan pasaran saham menunjukkan pelabur tidak menjangkakan Trump akan menang. Dengan kata lain pasaran saham mengharapkan Hillary menang dan sudah masuk kan ‘pricing‘ dengan apa yang bakal Hillary lakukan untuk ekonomi dan politik Amerika

Tetapi sebaliknya berlaku menyebabkan pasaran saham tersentak dan mencari tempat berteduh dengan beralih kepada emas.

Itulah sebabnya harga emas naik.

Pasaran saham tidak dapat mengagak ‘pricing’ dengan apa yang Donald Trump hendak buat, kerana Trump tiada track record dalam politik seperti Hillary. Trump adalah billionaire dan taikun hartanah, bukanlah daripada profession politik.

Ok, Trump menang, saham jatuh. Apa jadi jika BN kalah nanti? Ini lebih relevan untuk kita bincangkan.

Jika anda perasan, setiap kali BN menang, Indek Komposit KLCI akan naik. Paling tinggi dulu bila Abdullah Badawi menang, KLCI melonjak 200 mata hari pertama dibuka selepas pilihanraya.

Bandingkan dengan Najib pertama kali masuk pilihanraya. BN hampir kalah dan Indek KLCI tidaklah seghairah mana naiknya.

Apa pula akan terjadi jika akhirnya BN kalah PRK 14 nanti?

Daripada apa yang saya terangkan di atas, maka saya jangkakan Indek KLCI akan jatuh mendadak sejurus BN kalah dan Najib keluar daripada Putrajaya.

Ini kerana, pasaran saham bencikan ketidaktentuan. Dengan Najib dan BN, pasaran saham sudah biasa. Dah kenal sangat-sangat. Bukan BN belum tahu lagi.

Tidak pula bermakna bukan BN tidak bagus. Tetapi pasaran saham belum tahu bagaimana nak ‘pricing’ lagi. Ketidaktentuan ini akan diterjemah kepada kejatuhan harga saham.

Ini lumrah. Fasa peralihan. Umpama kita masuk sambung belajar setelah kerja 10 tahun. Tentunya kembali menjadi pelajar sepenuh masa, karier kita akan beku sekejap. Tetapi dengan ilmu, skill dan network yang baru akan membantu kita melonjak lebih tinggi.

Akhir kata, jangan gelak kuat sangat kenapa lah rakyat US pilih Trump. Takut nanti Trump dan seluruh dunia gelakkan balik kepada kita, kenapa lah pilih Najib lagi?

Sekian.

Elias Abllah

Donald Trump dan Ketidaktentuan
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *