Pasaran minyak dunia mengharapkan OPEC dan Russia akan memotong pengeluaran minyak agar harga minyak lebih tinggi.

Namun tiada kata sepakat yang terhasil di pertemuan di DOHA 17 April lalu. Saudi mahu Iran hadir dalam perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan, manakala Iran berpendapat mereka tidak perlu hadir kerana pengeluaran minyaknya kini masih di bawah quota 2.1 juta tong sehari.

Reaksi pasaran agak suam-suam kuku selepas menunjukkan overeaction pada awalnya.

Jika diteliti lebih dalam, kita akan dapati keputusan di Doha adalah datang daripada kekuatan OPEC dan Russia. Bukan datang daripada kelemahan mereka.

Jika mereka mengaku kalah maka tentunya masing-masing akan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak.

Empat hari sebelumnya, OPEC mengeluarkan Monthly Oil Market Report. Data terbaru menunjukkan permintaan minyak dunia akan meningkat sebanyak 1.25 juta tong sehari.

permintaan minyak dunia 2016

Pengeluaran OPEC akan meningkat sebanyak 1.8 juta tong sehari manakala pengeluaran non-OPEC akan turun 0.7 juta tong sehari.

pengeluran minyak non opec

Bermakna peningkatan bersih pengeluaran sebanyak 1.1 juta tong sehari berbanding dengan permintaan sebanyak 1.25 juta tong sehari. Ini diharapkan akan dapat mengurangkan stok minyak yang berlebihan dengan beransur-ansur.

Sementara itu di Kuwait, pekerja minyak buat mogok dan menyebabkan 60% pengeluaran minyak Kuwait merosot secara tiba-tiba. Pekerja tidak puas hati dengan pemotongan gaji.

Di US, syarikat minyak shale mula memfailkan perlindungan muflis. Dan ada yang dah muflis pun. Di Malaysia banyak projek yang ditangguh atau dibatalkan sama sekali.

Oleh itu, mengapa mengharap OPEC dan Russia mengurangkan pengeluaran minyak jika mereka boleh nampak negara lain dah mula rasa keperitan harga minyak rendah.

Mereka sebenarnya nak tambah lagi pengeluaran bukannya nak kurang.

Wassalam,

Elias Abllah, Personal Finance.

Doha Tidak Gagal
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *