Contoh Pengiraan Dividen dan Bonus Haji 2015.

Hari ini Tabung Haji (TH) mengumumkan Dividen dan Bonus Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus.

Menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8%.

Namun tidak semestinya semua akan mendapat 8%. Ini kerana Bonus Haji 3% hanya kepada mereka yang belum pergi haji dan hanya terhad kepada 3% daripada kos haji semasa.

pengiraan contoh dividen tabung haji dan bonus 2015

Contohnya ada RM 100k.
Dividend 5% = 5000,
Bonus 3% x 9980 = 299
Total = RM 5299,
Effective 5299/100000 = 5.299%

 

Contohnya ada RM 9980
Dividend 5% x 9980 = 499
Bonus 3% x 9980 = 299
Total = 798
Effective return 798/9980 = 8%

Contohnya ada 5000
Dividen 5% = 250
Bonus 3%x 5000 = 150
Total = 400
Effective return 400/5000 = 8%

Hanya simpanan yang kurang daripada RM 9980 yang akan dapat 8% effective return.

Itu pun syarat nya tidak pergi haji lagi.

Carta Kadar Dividen tabung haji dan bonus

Kadar dividen dan bonus pada tahun 2015 rendah berbanding tahun 2014 dengan dividen 6.25% dan bonus haji 2%.

Diharapkan Tabung Haji akan menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang dan menjadi tanda aras bagi pelaburan-pelaburan yang lain.

Wassalam

Elias Abllah

Dividen Tabung Haji 2015
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *