Hari ini Tabung Haji (TH) mengumumkan Dividen dan Bonus Tabung Haji bagi tahun kewangan 2016 merangkumi 4.25 % dan hibah Haji 1.5 %.

Berbanding 5.0% bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0% pada tahun 2015

Sekali imbas kita terus mencongak jumlah keseluruhan sebanyak 5.75%.

Namun tidak semestinya semua akan mendapat 5.75%. Ini kerana Hibah Haji 1.5% hanya kepada mereka yang belum pergi haji dan hanya terhad daripada kos haji semasa. Katakan kos Haji semasa ialah RM 10,000

Kes 1

Katakan simpanan Tabung Haji ada RM 100,000

Berapa dapat?

Dividend 4.25% = RM 4250,
Bonus 1.5% x 10,000 = RM 150
Total = RM 4,400
Effective 4400/100000 = 4.4%

Kes 2

Contohnya ada RM 10,000
Dividend 4.25% x 10,000 = RM 425
Bonus 1.5% x 10,000= RM 150
Total = RM 575
Effective return 575/10000 = 5.75%

Hanya simpanan yang kurang daripada RM 10,000 yang akan dapat 5.75% effective return.

Itu pun syarat nya tidak pergi haji lagi.

Kesimpulan

Untuk mendapat fully dividen 5.25% dan hibah haji 1.5% maka munasabah untuk simpan di tabung haji tidak lebih daripada RM 10,000.

Sebab kalau setakat 4.25% agak tinggi pulangannya berbanding risiko Tabung Haji..

Maknanya jika baki simpanan tabung haji masih belum cecah RM 10,000maka boleh lah top up sehingga RM 10,000.

Jika sudah sampai RM 10,000 anda, mungkin lebih baik mencari alternatif lain yang beri pulangan lebih 5%.

Sekian

Wassalam.

Elias Abllah, Personal Finance

Dividen dan Bonus TH 2016
Tagged on:

One thought on “Dividen dan Bonus TH 2016

  • March 5, 2017 at 12:53 am
    Permalink

    tuan blh cadangkan pelaburan yg lbh 5% ?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *