Minggu lepas kecoh dengan pededahan di Parlimen pasal gaji Irwan Serigar berjuta ringgit dalam masa tujuh tahun. Hari ini keluar senarai gaji menteri-menteri dan perdana menteri kerajaan PH.

Mungkin di Malaysia agak janggal untuk orang lain tahu gaji sendiri, tetapi di Norway ianya bukanlah rahsia. Semua pun boleh periksa sendiri berapa gaji menteri

Pernah ada buku yang menyenaraikan gaji setiap rakyat Norway tetapi kini boleh cari online sahaja. Contohnya, sebelum sewakan rumah, boleh check dulu berapa gaji bakal penyewa.

Atau sebelum nak bertunang, bakal ibu mertua boleh check dulu gaji bakal menantunya. Dan bakal menantu pun boleh tahu berapa kali bakal ibu mertua check gajinya online!

Norway dulunya hanyalah negara biasa dengan aktiviti penangkapan ikan di North Sea. Kemudiannya dalam tahun 1970-an penemuan minyak mengubah segalanya.

Hasil minyak diuruskan dengan baik dan hasilnya Norway memiliki dana bernilai empat trillion ringgit yang dilaburkan di seluruh dunia.

Pengeluaran minyak Norway adalah dua kali ganda daripada Malaysia tetapi tidak bermakna Malaysia memiliki dana separuh daripada 4 trillion yang dimiliki Norway. Norway ada Government Pension Fund Global dan Malaysia ada 1MDB yang kedua-duanya ditubuhkan untuk bersedia apabila minyak tiada lagi.

Dalam laporan tahunan Petronas 2016, Petronas telahpun menyumbang kepada kerajaan sebanyak RM 971 billion sejak daripada penubuhannya. Saya terfikir, berapa banyak daripada sumbangan ini dilaburkan untuk generasi akan datang apabila telaga minyak negara kering.

Banyak benda yang Malaysia tidak kurang bagusnya daripada Norway, tetapi yang Norway boleh dipuji ialah daripada segi amalan ketelusan.

Hinggakan gaji bukanlah rahsia apatah lagi dana pelaburan negara. Anda boleh download di sini untuk baca laporan tahunan dana pelaburan Norway.

Di Malaysia, laporan 1MDB menjadi rahsia.

Saya harap ini dapat dicontohi di peringkat kerajaan negeri pula. Tak kiralah daripada PH, BN atau PAS. Ada berani?

Wassalam.

Elias Abllah.

Di Norway Gaji Menteri Bukanlah Rahsia
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *