Ramai yang masih belum tahu yang KWSP membenarkan ahlinya menggunakan akaun 1 KWSP untuk tujuan daftar haji.

Maknanya anda tidak perlu deposit cash RM 1300 untuk daftar haji. Ataupun anda sudahpun daftar tetapi perlu keluarkan duit daripada tabung haji tetapi tidak mahu mejejaskan giliran haji anda. Anda boleh gantikan dengan akaun 1 KWSP

Bagaimana caranya? jom baca apa yang dikongsikan oleh saudara Fahmi Hamid ini.

Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp.

Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash rm1300 dalam akaun tabung haji.

Syarat syarat :
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi rm1300

Cara cara :
1. Pergi ke mana2 kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana2 cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil.
3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal2 tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya xperlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.

Soalan:
Adakah jumlah dalam akaun 1 akan ditolak RM1300 untuk tujuan pendaftaran?

Jawapan:
TIDAK. Pak cik yang kerja tabung haji tu cakap, diorang just nak tengok kelayakan kita sahaja.

Untung kan untuk orang2 yang tak ada kekuatan kewangan lagi. Sementara nak tunggu giliran tu sangaaaat lambat, jadi kalau dah cukup syarat awal2 tadi boleh la pakat2 daftar.

Moga bermanfaat.
Fahmi Hamid 

Daftar haji menggunakan KWSP
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *