Apa kaitan covid 19 dengan harga beras dan gandum? Beribu kilogram sayur di Cameron Highland dibuang begitu sahaja sedangkan di KL sayurnya kurang.

“Ramai ahli saya yang mengadu, dulu satu gerai tujuh lapan orang kerja, sekarang hanya benar dua orang, susah. Tidak cukup orang untuk angkat sayur dari lori,” kata Encik Wong Keng Fatt pemborong sayur dari Kuala Lumpur.

“There have been so many contradicting statements, media statement, guideline issued by different ministries that FMFF cannot properly answer or advise our members whether they can operate or otherwise”. Ini kenyataan daripada Federation of Malaysia Freight Forwarders (FMFF).

Di Pasir Gudang, pemilik stesen minyak Shell keliru sama ada nak buka atau tidak stesen minyak di waktu malam. Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang kata boleh buka, sedangkan polis suruh tutup.

Vietnam sebagai pengeluar beras ke tiga terbesar dunia sudah tidak membenarkan eksport beras mereka ke luar negara.

Beras siam, pilihan ramai rakyat Kelantan dah jadi mahal. Bhat pula lebih mahal daripada Ringgit.

Roti gardenia sesedap hati borong bagai nak kiamat. Tetapi bukan individu sahaja yang perangai macam ini, bahkan negara besar pun mula buat hal yang sama.

China sudah mula membeli lebih banyak stok gandum dan beras. Walaupun stok mereka boleh tahan sehingga setahun.

Kazakhstan perkapalan terbesar gandum dunia sudah tidak membenarkan export gandum. Manakala negara pengimport gandum seperti Algeria da Turki sudah membuka import permit gandum lebih banyak.

Apa yang boleh anda rumuskan daripada semua perkara di atas? Saya hanya boleh ramalkan yang harga barang makanan akan melonjak tinggi dalam krisis covid 19 ini.

Pengeluaran makan menjadi kurang akibat kekurangan manhour. Import makanan lebih sukar dan ringgit menyusut menambahkan lagi kos import.

Supply-chain disrupted and everything moves slower. Ini menyebabkan ada tempat terlebih sayur dan di tempat lain kekurangan bekalan sayuran.

Lebih banyak duit dicetak dan kerajaan menambahkan hutang. Lebih banyak duit kejar barang yang semakin sedikit menjadi resepi kepada hyperinflation.

‘When I go to the market and see how little I can get for my money, it makes me want to hit the shopkeepers and thrash the government,’ kata Kamla Devi. Dia dan suami hanya mampu makan sekali sehari sahaja.

Pada ketika itu, suntikan duit KWSP dan penangguhan bayaran hutang sudah kurang berkesan. Apa guna suntik duit bila harga barang naik lebih tinggi. Rakyat biasa yang tiada KWSP dan tak cukup KWSP juga akan lebih terkesan.

Elias Abllah.

Covid 19 Menyebabkan Harga Barang Lebih Mahal
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *