Tidak banyak pilihan yang Perdana Menteri kita ada. Di biarkan tanpa kawalan, puluhan ribu akan terkorban. Di kunci semua orang dalam rumah, ekonomi pula akan bungkus. Inilah pilihan yang ada selagi belum ada vaksin dan kita mungkin menghadapi satu lagi ‘curve’ dan duduk rumah lagi dua minggu.

Berkurung di rumah pula tidak boleh terlalu lama hingga menjejaskan produktiviti negara. Stok makanan, alat ganti jentera dan kilang makin berkurang. Atau setidaknya akan lebih susah untuk dicari. Barang import juga lebih mahal akibat kejatuhan Ringgit.

Bila ini terjadi, ia akan menyebabkan harga barang melonjak tinggi. Inflasi sukar dikawal.

Oleh itu kerajaan perlu cermat mengira berapa lama tempoh setiap kali perintah berkurung tanpa mendatangkan kerosakan kekal kepada ekonomi.

Terlalu pendek, lebih ramai nyawa terkorban. Terlalu lama, ekonomi terkorban.

Bagaimana Cara Yang Berkesan Melawan Covid 19?

Saya bukanlah layak untuk bagi cadangan. Tetapi sekadar membawa anda melihat di perspektif yang baru.

Kita tidak boleh sekadar menunggu vaksin dihasilkan. Ia mungkin mengambil setahun hingga dua tahun untuk berada di pasaran. Sementara itu kita boleh ambil contoh bagaimana China, Korea Selatan dan Itali lawan Covid-19.

China memilih untuk perintah berkurung ala draconian dan ianya berkesan mengawal jangkitan baru. Kesan kepada ekonomi pula, output perindustrian jatuh 13.5% dan jualan runcit jatuh 20.5%. Satu harga yang tinggi.

Manakala Korea Selatan tidak ada perintah berkurung seluruh negara seperti China, Itali dan Malaysia. Jumlah kematian di Korea amat rendah. Populasi Korea 50 juta orang berbanding populasi Itali 60 juta orang.

Cara bagaimana jangkitan bermula di Itali dan Korea hampir sama tetapi hasil di akhirnya amat berbeza. Italian curve exceed healthcare system capacity. Itali 5400 kematian dan Korea 111 kematian.

Menteri luar Korea Selatan Kang Kyung-wha dalam satu wawancara dengan BBC menyatakan, kunci kepada kejayaan melawan covid ialah, pertama, kerajaannya mendapat kenyakinan rakyat untuk menguruskannya. Jika rakyat tidak yakin dengan kerajaan, amat susah untuk melaksanakan apa sahaja usaha.

Kedua, Korea menjejaki setiap ‘potential carrier’ menggunakan apps/smart phone dan data satelit.

Ketiga, Korea telah buat lebih 260,000 ujian. Manakala Itali hanya buat 80,000 ujian. Dengan ujian yang tepat dan cepat, lebih mudah untuk merawat dan mengawal penyebaran wabak ini.

Untuk Malaysia, pertama kenyakinan rakyat belum pulih sepenuhnya selepas Langkah Sheraton. Kedua, ‘tracking potential carrier’ yang seadanya jauh ketinggalan dengan Korea. Ketiga, jumlah ujian yang masih rendah dan testing kit yang tidak mencukupi.

Bagi saya, untuk tahu hasil ujian yang mengambil masa lebih 24 jam di Malaysia adalah terlalu lambat. Di tambah pula dengan kekurangan ‘test kit’.

Akibat kekurangan ini, kita terpaksa memaksa jutaan rakyat Malaysia berkurung di rumah. Di Korea Selatan, hanya 30,000 orang yang dikuarantin, bebarapa kemudahan ditutup dan hanya satu apartment lock down.

Tidak adil hanya meminta rakyat berkurung tapi di pihak kerajaan masih gagal mendapatkan ‘testing kit’ dengan lebih banyak. Lagi pun kos testing kit jauh lebih rendah daripada kos kemerosotan ekonomi.

Bagaimana Kerajaan Rawat Ekonomi Yang Positif Covid-19.

Bagi saya, kerajaan hari ini hanya merawat sympton dan kurang endah bagaimana merawat punca sebenar masalah ekonomi yang berpunca daripada Covid 19 sambil mengharapkan ekonomi menjadi lali dengan masalah.

Disebabkan tak cukup test kit, pembawa virus boleh berada di mana-mana. Oleh itu, semua orang termasuk yang sihat kena duduk di rumah. Tak cukup polis, askar pula dikerah.

Oleh kerana duduk dirumah, banyak kerja tidak dapat dibuat. Penjual roti canai, nasi lemak dan pemandu grab hilang punca pendapatan selama dua minggu. Ini adalah sympton. Diberi ubat hilang lah sekejap sakitnya. Bila ubat habis, sakitnya datang balik.

Itupun ubatnya kurang tepat. Bagaimana dengan membenarkan pengeluaran akaun 2 KWSP dan pengurangan caruman pekerja kepada 4% boleh membantu penjual roti canai yang memang tidak mencarum KWSP pun?

Sakit perut diberinya panadol.

Jika testing kit banyak lebih ramai boleh dibuat ujian. Lebih mudah untuk mengawal mereka. Yang positif Covid 19, kita bagi dakwat kekal. Pergi mana pun, orang tahu dia pembawa Covid dan hanya yang positif kena duduk rumah.

Bagi saya, disamping segala usaha yang telah ada, perlu diadakan sumber yang sewajarnya untuk pengeluaran testing kit dan vaksin. Serta meningkatkan lagi kelengkapan hospital. Ini semua pulangan yang bagus untuk jangka masa panjang.

Berbanding cucuk steroid untuk kelegaan sementara.

Elias Abllah

Covid 19. Antara Nyawa, Ekonomi dan Kerajaan
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *