Pasaran saham global demam kerana coronavirus. Nasdaq index susut hampir 3% daripada paras tertinggi dan diikuti kejatuhan pasaran saham Asia sebanyak 2%. Indek KLCI Malaysia pula mencatat 52 minggu terendah hari ini.

Oleh kerana virus ini masih baru banyak ketidaktentuan tercipta. Market don’t like uncertainty and risk is about imperfect knowledge of the future.

Wuhan terletak di tengah-tengah China menjadikannya hub perhubungan utama. Ini boleh memperlahankan pergerakan supply-chain. Ekonomi China boleh terjejas dan boleh mengheret dunia bersamanya.

Pun begitu, daripada pengalaman lepas, kesan wabak kepada ekonomi hanyalah sementara. Apabila kes baru makin kurang, pasaran saham akan naik kembali.

Past experience of market performance around such events suggests that markets tend to bottom with the peak in new cases and news flow.” J.P. Morgan Asia equity and quantitative strategist Mixo Das wrote in a Wednesday research report.

Virus SARS menjangkiti lebih 8000 orang dan 770 mati akibatnya. Di Malaysia pada tahun 1999, virus corona Nipah mencatat kadar kematian setinggi 75%. Lebih tinggi daripada coronavirus Wuhan berdasarkan data yang ada setakat ini.

Risiko Atau Peluang?

Peluang datang dengan risiko. Kejatuhan saham yang sementara adalah ‘sales’ bagi pelabur untuk memiliki aset berkualiti pada harga diskaun.

Saham Alphabet A (Google) jatuh hampir 3%. Begitu juga Facebook, Microsoft dan Apple. Saham ini tidaklah secara langsung terjejas dengan virus corona. Kalau virus komputer mungkin juga ada logiknya terkesan.

Bagi saya ini adalah peluang. Ada beberapa pelabur saya sudah pun sedia dengan senapang dan peluru. Minggu ini kita pergi memburu facebook, google dan apple.

Ada yang nak ikut?

Wassalam

Elias Abllah.

Coronavirus Jangkit Pasaran Saham Global. Peluang atau Risiko?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *