Setiap tahun Tabung Haji umumkan dividen dan bonus pada bulan Februari. Sebelum semak berapa jumlah RM yang dapat, mari kita ulang kaji cara kira untuk orang yang sudah pergi haji dan yang masih belum pergi haji.

Viral di media sosial mengenai cara baru kiraan dividen Tabung Haji kali ini. Sekarang ini, istilah dividen digantikkan dengan Hibah.

Untuk permulaan, mari kita lihat bagaimana cara kira dividen tahun 2015 dan kita bandingkan dengan tahun 2017.

Contohnya, Tabung Haji (TH) mengumumkan Dividen dan Bonus Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus.

Sekali imbas kita terus mencongak jumlah keseluruhan sebanyak 8%.

Namun tidak semestinya semua akan mendapat 8%. Ini kerana Bonus Haji 3% hanya kepada mereka yang belum pergi haji dan hanya terhad kepada 3% daripada kos haji semasa.

pengiraan contoh dividen tabung haji dan bonus 2015

Contohnya ada RM 100k.
Dividend 5% = 5000,
Bonus 3% x 9980 = 299
Total = RM 5299,
Effective 5299/100000 = 5.299%

Contohnya ada RM 9980
Dividend 5% x 9980 = 499
Bonus 3% x 9980 = 299
Total = 798
Effective return 798/9980 = 8%

Contohnya ada RM 5000
Dividen 5% = 250
Bonus 3%x 5000 = 150
Total = 400
Effective return 400/5000 = 8%

Hanya simpanan yang kurang daripada RM 9980 yang akan dapat 8% effective return.

Itu pun syarat nya tidak pergi haji lagi.

Untuk mendapat fully 8% effective return maka munasabah untuk simpan di tabung haji tidak lebih daripada RM 9980.

Maknanya jika baki simpanan tabung haji masih belum cecah RM 9980 maka boleh lah top up sehingga RM 9980.

Jika sudah sampai RM 9980 dan mencapai objektif mencukupkan wang pergi haji, mungkin lebih baik anda mencari alternatif lain yang beri pulangan lebih 5% untuk mencapai objektif kewangan lain pula.

Pengiraan di atas berdasarkan baki simpanan adalah sama sepanjang tahun dengan menggunakan kadar dividen dan bonus haji 2015.

Tetapi untuk jumlah baki yang berbeza sepanjang tahun disebabkan wang keluar dan masuk, pengiraan dividen dan bonus di kira berdasarkan baki purata.

 

Hibah Tahunan dan Hibah Haji 2017

Untuk tahun 2017 pula, nama dividen di tukar kepada Hibah Tahunan dan Bonus ditukar nama kepada Hibah Haji. Tahun ini, dua kali Tabung Haji keluarkan cara kira Hibah Tahunan dan Hibah Haji.

Ini cara kira Hibah Haji seperti yang diumumkan pada 7 Februari 2018.

Mula-mula pengiraan baki kali ini berdasarkan baki minima tahunan. Oleh itu jika baki minima tahunan hanya RM 1300, walaupun sepanjang tahun ada masuk dan keluar, ianya sia-sia, umpama masuk angin keluar asap.

Mari kita tengok contoh pengiraan.

Pengiraan Baki Minima Tahunan

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1haribulan selama setahun. Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

= RM 1000 (Baki min Jan)
+ RM 2000 (Baki min Feb)
+ RM 3000 (Baki min Mar)
+ RM 4000 (Baki min Apr)
+ RM 5000 (Baki min May)
+ RM 6000 (Baki min Jun)
+ RM 7000 (Baki min Jul)
+ RM 8000 (Baki min Aug)
+ RM 9000 (Baki min Sep)
+ RM 10,000(Baki min Oct)
+ RM 11,000 (Baki min Nov)
+ RM 12,000(Baki min Dec)

Jumlah Pelaburan = RM12,000

Baki minima sepanjang tahun hanya RM1,000. Mari kita kira berapa pula Hibah Tahunan (dulu dipanggil Dividen)

Baki minima tahunan = RM 1000

Hibah Tahunan

= 4.5% x RM1,000

= RM 45

Banyak beza tu.

Kemudian, pada lewat petang 9 Februari, setelah dua hari kecoh di seluruh negara, Tabung Haji mengeluarkan siaran akhbar seperti di bawah,

Pengiraan Baki Purata Minima Bulanan 
Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1haribulan selama setahun. Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

= RM 1000 (Baki min Jan)
+ RM 2000 (Baki min Feb)
+ RM 3000 (Baki min Mar)
+ RM 4000 (Baki min Apr)
+ RM 5000 (Baki min May)
+ RM 6000 (Baki min Jun)
+ RM 7000 (Baki min Jul)
+ RM 8000 (Baki min Aug)
+ RM 9000 (Baki min Sep)
+ RM 10,000(Baki min Oct)
+ RM 11,000 (Baki min Nov)
+ RM 12,000(Baki min Dec)

Purata Minima Bulanan

= RM 78,000/12 bulan

= RM 6500

Oleh itu, Dividen

= 4.5% x RM 6500

= RM 292.5

Banyak beza dengan kalau ikut pengumuman pertama! RM 292.5 vs RM 45

Kesimpulan

  1. 4.50% + 1.75% tidak semestinya sama 6.25%.
  2. Besar perbezaan antara kira mengikut baki purata bulanan dengan baki minima tahunan. Alhamdulillah, Tabung Haji mengeluarkan kenyataan baru yang kiraan mengikut baki purata minimum bulanan.
  3. Beza antara orang yang belum pergi haji dengan yang belum pergi haji dalam pengiraan Hibah

 

Semoga anda faham apa beza dividen dan bonus haji. Anda faham apa itu Hibah Tahunan dan Hibah Haji. Paling penting anda faham objektif menyimpan di tabung haji ialah untuk mencapai objektif kewangan sebagai orang Islam untuk mengerjakan haji.

Sekian,

Wassalam.

Contoh Pengiraan Dividen dan Bonus Haji
Tagged on:         

5 thoughts on “Contoh Pengiraan Dividen dan Bonus Haji

  • August 16, 2016 at 10:16 pm
    Permalink

    Terima Kasih tuan,

    Boleh cadangkan alternatif lain yang beri pulangan lebih 5% yang patuh syariah?

    Reply
    • August 16, 2016 at 10:29 pm
      Permalink

      unit trust boleh.. boleh hubungi saya 0127176903

      Reply
  • May 2, 2017 at 2:39 am
    Permalink

    Salam. Maaf mencelah. Di sini sy rasa ada kekeliruan info. Berkenaan bonus tabung haji tu bukankah tentang baki purata simpanan iaitu jumlah simpanan bahagi 12 bln. So kenapa hanya jika simpanan lebih dari rm9980 tak boleh dpt bonus???

    Reply
  • December 21, 2017 at 10:55 am
    Permalink

    kena ingat, tabung haji dah bayarkan zakat simpanan 2.5%.
    Jadi kalau nak invest ke unit trust yg tak tolakkan zakat, kena consider 2.5%.
    contohnya asb, klu dapat dividen dan tolak zakat simpanan 2.5%, lebih kurg saja.

    Reply
  • June 10, 2018 at 6:15 pm
    Permalink

    Rasanya ada ralat kiraan baki purata minimum bulanan tu boss.

    Patutnya, 1000+2000+3000+4000+5000+6000+7000+8000+9000+10000+11000+12000 = 78000

    78000 ÷ 12 (bulan) = 6500.

    So bonus tahunan : 4.5% × 6500 = RM 292.5 setahun.

    Wallahu a’lam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *