Hari ini Tabung Haji (TH) mengumumkan Dividen dan Bonus Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus.

Sekali imbas kita terus mencongak jumlah keseluruhan sebanyak 8%.

Namun tidak semestinya semua akan mendapat 8%. Ini kerana Bonus Haji 3% hanya kepada mereka yang belum pergi haji dan hanya terhad kepada 3% daripada kos haji semasa.

pengiraan contoh dividen tabung haji dan bonus 2015

Contohnya ada RM 100k.
Dividend 5% = 5000,
Bonus 3% x 9980 = 299
Total = RM 5299,
Effective 5299/100000 = 5.299%

Contohnya ada RM 9980
Dividend 5% x 9980 = 499
Bonus 3% x 9980 = 299
Total = 798
Effective return 798/9980 = 8%

Contohnya ada RM 5000
Dividen 5% = 250
Bonus 3%x 5000 = 150
Total = 400
Effective return 400/5000 = 8%

Hanya simpanan yang kurang daripada RM 9980 yang akan dapat 8% effective return.

Itu pun syarat nya tidak pergi haji lagi.

Kesimpulan

Untuk mendapat fully 8% effective return maka munasabah untuk simpan di tabung haji tidak lebih daripada RM 9980.

Sebab 8% agak tinggi pulangannya berbanding risiko Tabung Haji (ini belum ambil kira surat bank negara kepada Tabung Haji).

Maknanya jika baki simpanan tabung haji masih belum cecah RM 9980 maka boleh lah top up sehingga RM 9980.

Jika sudah sampai RM 9980 anda mungkin lebih baik mencari alternatif lain yang beri pulangan lebih 5%.

Sekian

Wassalam.

 

Contoh Pengiraan Dividen dan Bonus Haji 2015.
Tagged on:         

3 thoughts on “Contoh Pengiraan Dividen dan Bonus Haji 2015.

  • August 16, 2016 at 10:16 pm
    Permalink

    Terima Kasih tuan,

    Boleh cadangkan alternatif lain yang beri pulangan lebih 5% yang patuh syariah?

    Reply
    • August 16, 2016 at 10:29 pm
      Permalink

      unit trust boleh.. boleh hubungi saya 0127176903

      Reply
  • May 2, 2017 at 2:39 am
    Permalink

    Salam. Maaf mencelah. Di sini sy rasa ada kekeliruan info. Berkenaan bonus tabung haji tu bukankah tentang baki purata simpanan iaitu jumlah simpanan bahagi 12 bln. So kenapa hanya jika simpanan lebih dari rm9980 tak boleh dpt bonus???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *