Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Masing-masing bawa kereta memecut tepat berdepan antara satu lain.

Siapa yang konar kiri atau kanan akan kalah atau ‘chicken’

Strategy dalam game ini memerlukan kita ramalkan apakah tindakan lawan.

Jadi masing2 ada pilihan untuk konar, tetapi kalau masing2 berdegil maka akan berakhir dengan tragik.

Chicken fast and furious

Jadi apakah tindakan yang boleh pemain lakukan untuk mempengaruhi pilihan pihak lain?

Salah satu ialah dengan melemparkan stereng kereta keluar dan pastikan pemain satu lagi nampak dengan jelas.

Oleh itu pilihan hanya ada pada seorang pemain sahaja. Sama ada konar mengelak atau langgar head on.

Oleh itu pilihan yang rasional ialah mengelak. Pilih yang kurang mudarat berbanding berlanggar.

Dalam contoh politik semasa PAS sudah buat first move dengan tetap akan bertanding dalam dua PRK dan tiada rundingan.

Terpulang pada PH untuk mengelak atau langgar shj.

Kalau tidak dua-dua akan rugi lagi besar. Dalam pada itu jarak makin dekat dan kereta semakin laju.

Wassalam.

Elias Abllah, Personal Finance

Chicken Game in Politics

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *