Saya Nadiah Aqilah, jadi agen unit trust Public Mutual pada 2016 secara full time. Kini saya aktif mengembangkan agensi saya sendiri. Saya nak ajak anda semua menjadi unit trust agen seperti saya juga.

Banyak manfaat apabila saya menjadi agen unit trust di Public Mutual, antaranya

  1. Program latihan yang mantap
  2. Coach dan Mentor yang berpengalaman luas
  3. Masa kerja yang flexible
  4. Pendapatan yang makin meningkat
  5. Menjadi pelabur yang lebih baik

Sebelum menceburi bidang unit trust agent ni, saya merupakan Eksekutif Alam Sekitar dengan Syarikat Perunding Alam Sekitar, Pengkuarian & Perlombongan di Ipoh. Dengan menjadi agen unit trust saya boleh bekerja dari rumah, melihat anak membesar di depan mata.

Setelah berkahwin, saya berhijrah ke Putrajaya, menjadi surirumah sepenuh masa dan telah mencuba pelbagai bisnes antaranya menjual kain pasang Vietnam, telekung, roti jala, kek dan kuih/biskut raya tetapi semuanya tidaklah semudah yang disangka kerana ianya memerlukan modal yang agak besar dan masa serta tenaga yang lebih banyak.

Ilmu berbisnes pula masih tidak mantap. Maka dari situlah bermulanya perjalanan saya sebagai agen unit trust di samping untuk meningkatkan ilmu dan motivasi dalam bidang kewangan dan ekonomi dengan cara ke kelas dan bengkel yang disediakan oleh Public Mutual.

Cabaran

Cabaran yang telah dan sedang saya hadapi sepanjang perjalanan saya menjadi agen unit trust ialah dari segi masa dan keperluan keluarga. Ianya tidak sepatutnya menjadi alasan untuk saya tidak menumpukan perhatian kepada karier dan tanggungjawab saya sebagai agent unit trust sepenuh masa juga.

Masa yang ada iaitu 24 jam sehari perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kadang-kadang sampai tidak cukup tidur dan rehat dibuatnya tetapi itulah yang dipanggil sebagai tanggungjawab dan amanah sebagai seorang isteri, seorang ibu, dan seorang perunding unit amanah bagi klien-klien saya.

Selain itu, saya mempunyai dua orang anak kecil, seorang berusia 2 tahun 5 bulan dan seorang lagi bayi berusia 3 bulan yang setiap masa memerlukan saya di sisi mereka, ini juga salah satu cabaran buat saya lebih-lebih lagi bayi saya menyusu badan sepenuhnya maka lebih banyak tenaga yang diperlukan.

Kejadian Lucu

Kejadian lucu sepanjang saya menjadi agen unit trust tidaklah begitu lucu tetapi saya menganggapnya lucu. Saya bermula dari zero, di mana saya tidak tahu apa-apa langsung tentang Unit Trust dan produk pelaburan Public Mutual ini.

Pelbagai tanggapan dan assumption yang saya buat ketika memulakan pelaburan unit trust saya dahulu kerana saya tidak mendapat rundingan dan pemahaman yang betul dari agen lama saya ditambah pula rasa malu untuk bertanya dengan lebih banyak.

Berulang kali juga beliau menjelaskan tapi saya tetap tidak dapat memahami dengan jelas sehingga saya ditertawakan oleh rakan-rakan sekerja pada waktu itu. Orang kata takut kena gelak.

Maka disebabkan itu, saya diamkan sahaja sehinggalah saya dipertemukan dengan recruiter saya dalam Public Mutual, Encik Elias Abllah yang telah banyak menjelaskan dan membuat saya lebih faham tentang unit trust, ekonomi Malaysia, ekonomi global dan lain-lain lagi.

Beliau memang seorang yang hebat dan saya kagumi integriti dan kemahirannya dalam bidang ini dan juga bidang Petroleum Economic. Public Mutual juga telah menyediakan platform yang mudah dan terbaik bagi orang seperti saya untuk terus dibekalkan dengan ilmu pengurusan kewangan.

Maka kejadian lucu saya dalam bidang ini yang saya boleh simpulkan adalah dari seorang yang kosong atau bebal tentang unit trust, saya menjadi seorang yang tahu dan boleh menjelaskan pada orang lain yang dahulunya seperti saya untuk lebih faham tentang unit trust dan bagaimana ia berfungsi dalam perancangan kewangan.

Kejadian Sedih

Kejadian sedih pula adalah apabila ada borang-borang yang saya hantar ditolak oleh pihak Public Mutual kerana kesalahan yang kecil iaitu ada tulisan bertindih. Sudahlah klien jauh. Memang menangis dan rasa down jugalah pada ketika itu.

Juga ada ketikanya saya rasakan kos untuk berjumpa dengan klien agak tinggi berbanding pendapatan. Tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk menolong mereka yang benar-benar mempunyai kesedaran kewangan. Kebanyakan klien saya bukanlah pelabur dari 5 ke 6 angka. Oleh yang demikian, saya cuba meningkatkan sale dari segi ‘volume’.

Ada juga kejadian sedih yang mana terdapat klien yang saya telah ‘approach’ telah membatalkan temujanji dan hingga sekarang saya tidak mendapat apa-apa respon dari mereka dan juga mendapat jawapan yang mengecewakan walhal saya telah mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk berjumpa dengan mereka.

Sedih juga apabila tidak mendapat kepercayaan dari seseorang yang kita benar-benar ingin memberikan khidmat terbaik kepadanya. Tetapi tidak mengapa, kejadian sedih dan sedikit kekecewaan yang saya alami semenjak menjadi agen unit trust memang menjadikan saya lebih matang dan sabar.

Gembira

Kejadian gembira pula semestinya adalah apabila mendapat kepercayaan dan sokongan dari suami, keluarga, perekrut saya (Encik Elias Abllah yang dihormati), klien-klien dan prospek-prospek saya.

Saya sangat gembira apabila usaha saya membina Facebook Page telah membuahkan hasil di mana terdapat ramai Gen-Y yang mencari maklumat dan info berkenaan Unit Trust & PRS dari Facebook sahaja.

Saya juga gembira dan kagum apabila salah seorang dari klien saya melaburkan wangnya yang mencecah 6 angka!

Saya sangat gembira kerana dapat mencadangkan alternatif simpanan & pelaburan di dalam Unit Trust yang juga menawarkan Takaful percuma. Alhamdulillah untuk itu.

Plan masa depan

Saya bercita-cita untuk menjadi Agency Manager (AM) dalam masa kurang dari 3 tahun dan Group Agency Manager (GAM) dalam masa kurang 6 tahun lagi dengan agensi sendiri seramai 50 orang yang mantap dan juga bercita-cita tinggi.

Dengan izin Allah s.w.t., saya dapat kebebasan masa dan dapat juga menyumbang kepada mereka yang ingin menambah pendapatan.

Sekian sahaja dari saya. Semoga cita-cita dan impian kita semua menjadi kenyataan dan dipermudahkan. Aamiin.

Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan, sama ada full time atau part time, anda boleh hubungi saya di nombor di bawah

Nadiah 0148613140

atau isi maklumat dan click submit, untuk saya hubungi.

 

Cerita Saya Jadi Agent Unit Trust : Nadiah Aqilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *