15 tahun adalah jangka masa yang tidak terlalu lama dan juga tidak terlalu pendek.

Kalau umur sekarang 25 tahun, maka dalam 15 tahun lagi dah berumur 40 tahun. Best tak kalau umur 40 tahun dah ada RM 1juta, sedangkan kawan-kawan masih ramai bayar installment kereta ke tiga?

Kalau umur 40 tahun, maka dalam 15 tahun dah umur 55 tahun… best tak kalau ada additional RM 1 Juta bila pencen nanti?

Ataupun anda bakal menjadi pesara kerajaan dengan duit pencen seumur hidup, best kan kalau ada lagi cash RM 1juta sebagai tambahan?

Mari kita belajar kira dengan guna pocket calculator yang simple.

Contoh ini ialah dengan assumption 10% berdasarkan pulangan purata unit amanah. Ianya bukanlah jumlah yang pasti dapat. Let me put into perspective.

Kalau pandai monitor dan review performance, mungkin RM 1,000,000 boleh dicapai lebih awal daripada 15 tahun. Kalau malas dan tidak belajar, mungkin terlajak jadi 18-20 tahun baru cecah RM 1,000,000.

Kalau tak simpan, jadi kenang-kenangan ajelah.

 

Elias Abllah, Personal Finance

Cara Kira Untuk Kumpul RM 1 Juta Dalam 15 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *