Karangan ini khas untuk pelabur unit trust dan juga agen unit trust, khususnya bagaimana nak baca Quaterly Fund Report. Seterusnya agent dapat memberi penerangan yang berkualiti kepada pelabur dan kemudiannya pelabur menjelaskan kepada isterinya pula.

Begitu ramai agent yang menyebarkan ajaran sesat pengiraan pulangan pelaburan. Sesat dan menyesatkan. Sesat di dunia pelaburan boleh terjerumus ke neraka wang.

Di akhir karangan ini, diharapkan ajaran sesat pengiraan pulangan unit trust boleh lah dihapuskan hendaknya.

Untuk itu, saya ambil prestasi FUND A (bukan nama betul) sebagai kajian kes. Total Return FUND A untuk 10 tahun ialah 190.54% manakala Annualised Return ialah 11.24%. Saya akan tunjukkan apa kaitan antara Total Return dan Annualised  Return.

Total Return

Total return bermakna jumlah untung berbanding dengan nilai pelaburan asal. Contohnya jika saya melabur RM 1000 di dalam FUND A sepuluh tahun dulu dengan service charge 3%, berapakah jumlah keuntungan saya sekarang dalam RM?

Profit

= RM 1000÷ 1.03 × 190.54 ÷ 100

= RM 1849.90

Ini bermakna nilai semasa pelaburan saya sekarang ialah;

= Modal + Profit

= RM 1000 + RM 1849.90

= RM 2849.90

Total return digunakan untuk mengira berapa nilai semasa pelaburan berbanding nilai asal. Ini tentunya lebih mudah untuk difahami berbanding jika diberitahu pulangan dalam bentuk peratus.

Contohnya saya nak tahu berapa kali gandakah nilai pelaburan saya? Dalam contoh ini, nilai pelaburan sudah berganda sebanyak;

1 + (190.54 ÷ 100 ÷ 1.03) = 2.849 kali ganda, ini sudah termasuk service charge sebanyak 3%.

Oleh itu jika saya mula melabur sebanyak RM 88,000 sepuluh tahun dulu dalam FUND A, nilai pelaburan saya sekarang ialah

RM 88,000 x 2.849 = RM 250,791.46

Saya untung RM 162,791.46, (berbanding service charge RM 2,563.11 sahaja)

Annualised Return

Sekarang jom kita kira bagaimana nak dapatkan Annualised Return daripada Total Return.

Jika Total Return untuk tempoh 10 tahun ialah 190.54%, kira annualised return.

Jawapan:

Guna formula Future Value (FV);

FV = PV × (1+i);

PV = 1

FV = 1 + 1.9054 = 2.9054

n = 10;

Gantikan dalam persamaan FV di atas;

2.9054 = 1 × (1+i)n

(1+i)10=  2.9054

Oleh itu selesaikan i=

i = 11.25%

Bandingkan dengan 10-year Annualised Return seperti dalam Quaterly Fund Report FUND A.

Ya 99.99% tepat! Perbezaan 0.01 disebabkan oleh rounding error sahaja.

Annualised Return di sini bermaksud compounded annualised return. Dalam Bahasa Melayu, pulangan tahunan terkompaun.

Ia berbeza dengan pulangan purata tahunan atau simple annualised return, di mana total return 190.54% dibahagi dengan 10 tahun, maka dapatlah 19.05% setahun. Dan ini sama sekali tidak boleh untuk digunakan untuk membandingkan pulangan unit trust dengan dividen KWSP atau Tabung Haji.

Kepada agen unit trust, guna annualised return untuk bandingkan prestasi pelaburan, bukan main bahagi Total Return dengan tahun sahaja ya.

Pun begitu, Annualised Return ada kelemahannya juga.

Annualised return 11.24% tidak bermakna setiap tahun FUND A mencatatkan pulangan sebanyak 11.24% konsisten tahun demi tahun. Ternyata ada tahun lebih 20% dan ada tahun sekadar 5% sehaja.

Sebagai contoh lain, jadual di bawah menunjukkan Dana A dan Dana B mencatatkan Total Return yang sama untuk tempoh 5 tahun. Dan jika anda kira, Annualised Return pun sama. Tapi pulangan tahun demi tahun jelas tidak sama antara keduanya.

Jika anda bijak, dana apa yang lebih baik? Dana A atau Dana B?

Berikan sebabnya.

Sekian,

Elias Abllah,

Personal Finance

Cara Kira Annualised Return Daripada Total Return Unit Trust

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *