Dalam kelas Upstream Business Knowledge kepada manager-manager MLNG minggu lepas, topik mengenai pembahagian hasil minyak negara menjadi perbincangan hangat.

Bagaimana dengan menaikkan royalti kepada 20% kepada kerajaan negeri akan menyebabkan negara bakal dibebani dengan import minyak di masa depan. Kita mungkin jadi macam Singapura atau Thailand yang import minyak dengan banyak.

Dalam artikel terdahulu, saya ada bincangkan kenapa royalti 20% akan menyebabkan pembangunan lapangan minyak dan gas baru di Malaysia akan terjejas.

Artikel ini khusus membincangkan apa yang akan terjadi kepada lapangan minyak yang sedia ada pula. Saya akan mencadangkan pilihan lebih baik kepada kerajaan negeri di akhir artikel.

Production Profile

Satu lapangan minyak ada jangka hayatnya. Lihat dalam gambar di bawah. Bermula dengan penemuan (discovery), satu lapangan minyak atau gas memerlukan beberapa tahun untuk dikaji sebelum keluar first oil. Pengeluaran meningkat (build-up) hingga sampai satu kadar yang mendatar (plateau).

Plateau beberapa tahun dan kemudiannya diikuti oleh fasa menurun (decline). Hinggalah pada satu tahap dimana aliran tunai bagi lapangan ini menjadi negatif. Inilah economic limit. 

Apabila sudah capai economic limit, maka lapangan minyak ini mesti ditinggalkan (abandonment).

Dengan menggunakan excel, mudah sahaja untuk melihat kesan menaikkan royalti kepada kerajaan negeri daripada 5% kepada 20%.

Hasilnya seperti dalam gambar kedua ini. Economic Limit naik ke atas menyebabkan abandonment lebih cepat. Ini menyebabkan lebih banyak minyak tidak dapat dikeluarkan dari perut bumi.

Import Lebih Banyak Minyak

Malaysia bukan lagi negara pengeksport minyak lagi. Hasil minyak negara tidak dapat menampung permintaan dalam negara yang menyebabkan kita terpaksa mengimport minyak dari luar.

Menaikkan royalti akan menyebabkan bil import minyak negara lebih banyak di masa hadapan dan lebih banyak pengaliran wang ke luar negara.

Ini boleh menyebabkan kedudukan trade balance mengecil dan menjadi negatif kemudiannya jika tiada punca baru sebagai eksport.

Perkongsian Keuntungan

Menuntut dan menjanjikan royalti sebanyak 20% adalah tidak munasabah. Tetapi menuntut hak 5% peratus royalti haruslah diteruskan.

Dalam menuntut hak 5% itu, saya mencadangkan untuk kerajaan negeri menuntut juga pembahagian keuntungan minyak dan gas.

Selama ini, keuntungan minyak ini sepenuhnya diberikan kepada kerajaan persekutuan tanpa ada bahagian untuk kerajaan negeri.

Pembahagian keuntungan ini akan menggalakkan kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan untuk sama-sama menjaga kepentingan operasi pengeluaran minyak dan gas. Contohnya, mempercepatkan proses pengeluaran permit dan kelulusan lain yang berkaitan.

Saya yakin, ini pilihan yang lebih baik daripada menuntut royalti 20%.

Saya mohon mencadang.

Wassalam.

Elias Abllah

Cadangan Lebih Baik Daripada 20% Royalti
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *