Kutipan GST pada tahun lepas adalah sebanyak RM44.3 billion, dan menurut Izzuddin Yussof, jika SST dijalankan kembali, kutipan SST akan berada dalam lingkungan RM21.7 billion. Bermaksud akan ada pengurangan pendapatan kerajaan sebanyak RM22.6 billion.

Jika tiada sumber baru untuk ganti, maka kerajaan terpaksa berhutang dan bajet defisit akan makin melebar. Kesan bajet defisit akan menyebabkan penarafan kepada kualiti aset negara akan berkurang dan ini bakal menyebabkan perbelanjaan bayar hutang makin tinggi.

Dah lah hutang makin banyak, jumlah bayaran bunga juga akan makin mahal.

Apabila hutang makin banyak, ada dua cara untuk bayar. Pertama melalui sumber cukai lain. Kedua, secara tidak langsung melalui inflasi yang lebih tinggi untuk mengurangkan hutang dalam Real Term Ringgit.

Lebih teruk lagi, cukai dan inflasi juga tinggi.

Sumber Cukai Lain

Memandangkan jumlah pembayar cukai hanya beberapa juta orang sahaja, peningkatan dalam kadar cukai pendapatan tidak mampu untuk menggantikan cukai yang hilang daripada pemansuhan GST.

Peningkatan kadar cukai korporat juga hanya akan menyaksikan, jumlah pekerjaan baru akan berkurang dan akhirnya cukai korporat yang tinggi akan diterjemahkan kepada harga barang dan perkhidmatan yang lebih mahal.

Are we back to the square one?

Penyelesaian

Tiada penyelesaian yang mudah tanpa memerlukan pengorbanan. Mungkin ini harga yang perlu dibayar untuk satu perubahan di Malaysia.

Untuk mengekalkan GST adalah mustahil untuk kerajaan PH sekarang. Kenalah hidup zaman tanpa GST dan kesan tidak langsung dengan kenaikan inflasi akibat hutang negara bertambah. Itu belum dikira dengan perbelanjaan tambahan dengan program kebajikan seperti yang dijanjikan.

Pun begitu, pada pendapat saya, kesan ini hanya sementara dalam setahun dua akan datang. Ini seoalah-olah negara masuk pit-stop dalam perlumbaan F1. Jika diteruskan dengan keadaan sebelum ini, kita mungkin akan makin perlahan dan akhirnya tamat sebelum perlumbaan tamat.

Dengan syarat, lepas pit-stop, negara lebih cekap dan dapat mengejar kembali masa yang tertinggal.

Ianya tidak mustahil. PH won by climbing wall of worry, but end with victory. So, worry not and work harder.

InsyaAllah.

Elias Abllah

Cabaran Pasca PRU 14 Tanpa GST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *